Projek Ke 2 ~ Antara Kerja Seni Dan Keluhuran Budi
Oleh isma daud
Walaupun surau An-Nadwah boleh dikatakan hampir siap dan sehingga kini bahagian anjungnya telah boleh digunakan, namun kerja-kerja penambahbaikan surau masih banyak yang boleh dilakukan khususnya tempat wudhuk perempuan belum sempurna. Anggaran kos tempat wudhuk dan tandas ini mungkin sekitar RM18,000.
Kepada ahli masyarakat yang mahu menyumbang, boleh terus menyumbang ke akaun BADAI (Badan Agama Islam) bagi tujuan waqaf dan infaq Fi Sabilillah. Sesiapa yang bermurah hati boleh emelkan saya untuk mendapatkan no akaun dan sebarang penjelasan atau pertanyaan.
Dikesempatan ini, saya selaku Pengerusi Surau An-Nadwah mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap mereka yang berhati mulia dan berjiwa besar dalam menjayakan projek pertama kami pada tahun ini. Sesungguhnya kami tidak mensia-siakan setiap sen sumbangan kalian semua. Semoga Allah SWT terus memberi taufiq dan hidayah kepada kita semua dan menjadikan setiap usaha kita sebagai bekalan amal soleh di akhirat nanti.
Projek Ke 2
Dalam pada itu kerja-kerja menyiapkan bangsal atau pondok rehat telahpun bermula. Sekali lagi kita mengamalkan kerja gotong royong di kalangan warga pendidik dan kakitangan sekolah ini. Anggaran kos pondok ini sekitar RM3,500. Pembinaan bangsal rehat ini adalah sumbangan PIBG sekolah.
Dalam suasana hari persekolahan telah menuju ke penghujungnya, maka kerja-kerja ini adalah aktiviti terakhir bagi tahun 2009. Semoga semua yang terlibat dalam usaha murni ini rasa berbangga atas inisiatif dan kerjasama yang telah dicurahkan dalam melaksanakan kerja-kerja amal seperti ini.
Pada saya, sahabat-sahabat yang bertungkus-lumus dalam projek-projek tahun ini adalah contoh warga SMK Rosli Dhoby kepada yang lainnya. Kekayaan kalian bukan hanya pada nilai kerja seni dan kreativiti, bahkan lebih daripada itu; ialah kekayaan jiwa dan keluhuran budi.
Semangat kerjasama, keikhlasan dan bercita-cita besar adalah kejayaan kalian yang sungguh mengagumkan saya. Hanya Allah SWT yang akan membalas kebaikan kalian dengan sebaik-baik ganjarannya, insya Allah SWT.
Tahniah dan Syabas!!!
Kepada ahli masyarakat yang mahu menyumbang, boleh terus menyumbang ke akaun BADAI (Badan Agama Islam) bagi tujuan waqaf dan infaq Fi Sabilillah. Sesiapa yang bermurah hati boleh emelkan saya untuk mendapatkan no akaun dan sebarang penjelasan atau pertanyaan.
Dikesempatan ini, saya selaku Pengerusi Surau An-Nadwah mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap mereka yang berhati mulia dan berjiwa besar dalam menjayakan projek pertama kami pada tahun ini. Sesungguhnya kami tidak mensia-siakan setiap sen sumbangan kalian semua. Semoga Allah SWT terus memberi taufiq dan hidayah kepada kita semua dan menjadikan setiap usaha kita sebagai bekalan amal soleh di akhirat nanti.
Projek Ke 2
Dalam suasana hari persekolahan telah menuju ke penghujungnya, maka kerja-kerja ini adalah aktiviti terakhir bagi tahun 2009. Semoga semua yang terlibat dalam usaha murni ini rasa berbangga atas inisiatif dan kerjasama yang telah dicurahkan dalam melaksanakan kerja-kerja amal seperti ini.
Pada saya, sahabat-sahabat yang bertungkus-lumus dalam projek-projek tahun ini adalah contoh warga SMK Rosli Dhoby kepada yang lainnya. Kekayaan kalian bukan hanya pada nilai kerja seni dan kreativiti, bahkan lebih daripada itu; ialah kekayaan jiwa dan keluhuran budi.
Semangat kerjasama, keikhlasan dan bercita-cita besar adalah kejayaan kalian yang sungguh mengagumkan saya. Hanya Allah SWT yang akan membalas kebaikan kalian dengan sebaik-baik ganjarannya, insya Allah SWT.
Berikut beberapa gambar berkaitan dalam persiapan awal pembinaan projok ke 2 ini.
Kerja Pembinaan Bermula.
Tahniah dan Syabas!!!
Comments