Kuliah Di Surau an-Nadwah ~ Keutamaan Ilmu , Orang Yang Belajar Dan Mengajar
Oleh isma daud
Petikan Kuliah Ustaz Mohd Isa Bin Mat Daud bertarikh 1 Nov 2009
Dari Kitab -Durratun Nasihiin.
Hadis daripada Abu Dzar dari nabi saw, berkata; "Hai Abu Dzar, sungguh engkau pergi lalu untuk belajar satu bab dari Kitabullah Ta'ala (Al-Quran), itu lebih baik bagimu daripada engkau solat seratus rakaat, dan sungguh engkau pergi mengajarkan satu bab dari ilmu, diamalkan atau tidak, itu lebih baik bagimu daripada engkau solat seribu rakaat" - Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi.
Huraian;
Pada minggu lepas, saya telah menyebut satu hadis yang menerangkan kelebihan menuntut ilmu . Di antaranya ialah orang yang menuntut ilmu itu, Allah membimbingnya jalan ke syurga. sehingga Allah memuliakannya dengan menugaskan malaikat supaya mendoakannya termasuklah ikan dalam laut dan semut dalam lubang juga turut memohon ampun kepadanya. Kenapa? Ini kerana lebihnya orang belajar dan orang alim. Thabit dalam hadis bahawa Para Ulama itu Pewaris Para Nabi.
Pada malam ini kita membaca hadis daripada Abu Dzar dari Nabi saw, berkata;
(Hai Abu Dzar, sungguh engkau pergi lalu untuk belajar satu bab dari Kitabullah Ta'ala (Al-Quran))
Yakni; Kita pergi ke majlis ilmu, kita belajar satu bab -tahu bab?- iaitu satu tajuk dari kitab Allah Taala sehingga kita faham dan membantu kita dalam ibadah dan kehidupan seharian kita ; yang akhirnya, menyebabkan kita ada petunjuk bagi mengenal yang benar dan salah, yang halal dan haram, yang sah dan batal. akhirnya kita mampu berbuat sesuatu selari dengan apa yang ditunjukka oleh Allah SWT yang menjadi sebab Allah SWT redha dan sukakannya. Ataupun membolehkan kita beramal dengan sunnah Rasulullah saw dengan ilmu dan amalan yang sebenar.
(itu lebih baik bagimu daripada engkau solat seratus rakaat)
Bayangkan!!! satu bab lebih baik daripada satu ratus rakaat. Bayangkan kita solat sunat 50 solat yang kita ulang dua rakaat, dua rakaat. Agaknya berapa jam kita harus lakukannya dibandingkan kita belajar satu bab sahaja samada kita duduk belajar itu dalam jangka masa pendek atau panjang lebih lagi orang belajar daripada orang solat sunat lagi.
(dan sungguh engkau pergi mengajarkan satu bab dari ilmu) Orang yang belajar itu mesti ada niat dalam hatinya bahawa dia akan mengajarkan sesuatu ilmu bagi tujuan menyampai dan menyebarkannya kepada orang lain. Thabit daripada hadis nabi yang mengarahkan kita menyampaikan daripada Baginda itu walau dengan satu ayat yang kita telah tahu atau kita telah pelajari.
(diamalkan atau tidak) yang mana sesuatu ilmu itu sempat kita mengamalkannya atau tidak. Di mana Imam Nawawi dalam kitab Al-Azkar mengingatkan kita bahawa jika kita tahu sesuatu amalan, kita hendaklah berusaha mengamalkannya walaupun sekali dalam hidup kita supaya kita beroleh syafaat dan berkat daripada pekerjaan kita tersebut. Contohnya kita belajar mengenai solat sunat Tasbih, patutlah kita mengamalkannya walaupun sekali dalam hidup kita. Walau apapun dalam hadis ini Nabi saw menyatakan bahawa kita mengamalkannya atau tidak tetap kita akan beroleh kelebihan belajar ilmu sehingga nabi menyebut bahawa ia menjadi (lebih baik bagimu daripada engkau solat seribu rakaat). Ini menunjukkan betapa lebihnya orang alim ke atas orang 'abid. Tahu siapa orang 'abid? Yakni; Orang yang berbuat ibadat , kuat ibadatnya khususnya dalam melaksanakan ibadat-ibadat sunat.
Hadis ini dikuatkan lagi dengan sabda Nabi saw; "Barangsiapa yang mempelajari satu bab dari ilmu, dengan maksud akan mengajarkannya kepada orang, maka diberikan kepadanya pahala tujuh puluh nabi." - Al-Hadis.
Nabi saw lagi bersabda; "Barangsiapa duduk di sisi seorang alim dua jam, atau makan bersamanya dua suap, atau mendengarkan daripadanya dua kata, atau berjalan dengannya dua langkah, maka Allah Ta'ala memberikan kepadanya dua syurga, yang tiap-tiap syurga seperti dua kali dunia." - (Misykatul Anwar).
Wallahu A'lam!!!

Comments