Ke Arah Hidup Yang Lebih Terdesak

Oleh isma daud

FENOMENA SATU NEGARA... Kenderaan berbaris panjang untuk mengisi minyak di stesen minyak Petronas Kampung Baru, Kuala Lumpur, malam tadi selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api. Keadaan yang sama berlaku di seluruh negara.
Foto : Ihsan Utusan Malaysia Online.
_______________________________________________

Setelah memberi pelbagai alasan memujuk rakyat tanpa kenaikan gaji dan bonos; hari ini BN membalas budi baik itu dengan menaikkan harga petrol sebanyak 41 peratus. Kerajaan telah menunaikan janjinya dan pengundi BN ada saham di dalamnya.

Kerajaan BN hari ini benar-benar sudah membalas budi rakyat Malaysia yang mengembalikan tampuk pemerintahan kepada mereka dengan kenaikan harga barang keperluan hasil naiknya harga minyak; maka semakin saratlah bebanan hidup yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Inilah hadiah istimewa kepada mereka yang mengundi BN pada pilihan raya umum lalu. Tempiasnya untuk semua rakyat Malaysia.

Kerajaan membalas pengorbanan rakyat dengan menghumbankan mereka ke kancah kehidupan yang lebih teruk. Inilah sejarah buruk Malaysia. Inilah hari yang cukup sedih buat rakyat yang sudah sedia tertindas dengan pelbagai tekanan ekonomi sebelum ini.

Petang semalam; Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70. Ini bermakna kenaikan sebanyak 41 peratus.

Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58, naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter. Kenaikan harga bahan api itu baru saja berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Sejak awal 2004, Perdana Menteri; Pak Lah ternyata berjaya memecah rekod Perdana Menteri sebelum ini. Meyakinkan lagi rakyat kepada sifat Pak Lah yang suka berdolak dalih dan berbohong. Dalam dua tiga hari ini akhbar menyiarkan laporan akan ada kenaikan dalam bulan ogos nanti; alik-alik diumumkan satu langkah kejam buat rakyat yang telah pun ciput pendapatan mereka dan terdesak itu.

Inilah sejarah kenaikan harga minyak zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri sejak awal 2004 lalu.

Dari RM 1.35
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
kini (04/06/2008 - RM2.70 (kenaikan RM 0.78)

Kenaikan harga itu merupakan sebahagian langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.

Inilah penghargaan yang diberikan oleh kerajaan yang menang oleh Undi orang Sabah Dan Sarawak. Tersenyum lebarlah kamu semua. Inilah harga undi yang berharga beberapa ringgit dihulur sebelum pilihanraya dan hari ini setiap saat kita menanggung bebannya. Rakyat Malaysia ; sedarlah Usah Tertipu lagi. Dengarlah apa kata mereka yang cuba memperbodohkan rakyat dengan statistik seperti ini?

"Harga minyak masih rendah berbanding dengan negara-negara lain di Asia Tenggara". Inilah statistik yang dijaja oleh kerajaan BN sedangkan negara terbabit bukan pengeluar minyak seperti Malaysia; lagi pun kos hidup rakyat di negara berkenaan seperti Thailand jauh lebih rendah berbanding di negara ini.

Akhirnya; Rakyat yang menanggung kesan segala kenaikan dan bersedialah rakyat sedang ditolak ke arah hidup yang lebih terdesak dan mendesak. Siap-siaplah...

Comments

Hasbullah Pit said…
rebet RM 625 bagi saya tak memadai,
Akan tetapi saya tak mahu desak kerajaan untuk naikkan rebet itu, kerana sebarang kenaikan rebet itu tidak memberi kesan kepada golongan miskin tak berkenderaan.

Oleh itu, saya minta jasa baik pihak tuan untuk promotekan gerakan mendesak kerajaan untuk memberikan subsidi makanan untuk setiap rakyat Malaysia yang diambil daripada penjimatan akibat kenaikan harga minyak, (saya anggarkan penjimatan lebih 20 bilion)

RM 50 seorang 13.8 bilion setahun sahaja.
Jemput baca:
http://sebolku.blogspot.com/2008/06/hanya-138-bilion-sahaja-untuk-kupon.html

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?