Sekolah Ada Cuti....Perjuangan Tidak Pernah Bercuti.
Demam PRU12 membuatkan saya lupa bahawa cuti sekolah telah bermula. Saya ingat cuti itu adalah cuti kerana pilihanraya. Maka pilihanraya pun sudah tamat. Maka kehangatan isu pilihanraya biarlah sehangat sesuam ketiak; sentiasa hangat tetapi suam sepanjang masa. Itu elok untuk kita. Sekarang bukan masa bertelagah lagi tetapi semua pihak perlu kembali menyusun gerak kerja dan melaksanakan janji-janji sedaya yang ada agar rakyat tidak menganggap kita "pembohong". Bergerak dalam saf yang sempurna sebagaimana firman Allah SWT: " Sesungguhnya Allah SWT sangat suka akan orang yang berjuang pada jalan Allah dalam keadaan saf (organisasai) yang (gerak kerjanya) tersusun seumpama sebuah bangunan yang tersergam indah tersusun kemas binaannya". Surah As-Saf;ayat 4.
Cerita PRU12 saya tamatkan perbicaraannya disini tetapi agendanya biarlah berterusan. Kita serah kepada yang pakar!!!
Bertandang Ke Kabong, Sarawak.
Sepanjang cuti ini saya tidak melakukan perjalanan jauh. Menghabiskan masa di rumah bersama anak-anak dan keluarga . Inilah masa yang sesuai untuk memastikan anak-anak tidak rasa terabai oleh kesibukan kerja. Kalau keluar pun dengan alasan keluarga. Dalam sibuk-sibuk orang berkempen PRU12 saya sempat bawa keluarga ke sebuah tempat di Sarawak ni iaitu Kabong. Nak pergi Kabung boleh guna jalan darat; 2 jam dari bandar Sibu. Menggunakan jalan ke Betong dan dari jalan utama jumpa simpan masuk ke Roban. Kemudian ada simpang tiga masuk ke Kabong di sebelah kiri simpang. Sepanjang jalan dari Simpang Roban ke Kabong dipenuhi dengan pokok kelapa sawit. Pergi ke Kabong semacam balik ke kampung saya di Terengganu. Sebuah perkampungan melayu, di tepi pantai dan masih penuh dengan kecantikan alam semulajadi. Masih terasa suasana kampung itu. Anak-anak seronok sekali melihat pantai dan lautan yang luas. Cuma kawasan ini tidak dibangunkan dengan baik dan sesempuna lagi. Jalan dan kebersihan tidak dijaga dengan betul. Alangkah ruginya bila sumber alam semula jadi ini tidak dibangunkan dengan amanah dan jujur dari semua pihak samada pihak kerajaan, pihak swasta, rakyat setempat dan pengunjung yang datang. Tidak ramai orang yang datang. Oleh kerana Sibu tiada pantai dan laut maka kedatangan kami ke sini cukup mengembirakan khususnya anak-anak yang begitu rindu untuk melihat pantai, laut dan ombak. Kami membawa bekal sendiri. Tiada gerai kat sini. Anak-anak begitu selera makan sebab hati mereka tengah seronok. Kami tidak lama hanya seharian dan kembali semula ke Sibu.
Kelas-kelas Agama
Saya tidak dapat keluar lama kerana terikat dengan janji. Janji saya dengan kuliah agama sekitar surau dan masjid di Sibu. Alhamdulillah kuliah saya semakin hari mendapat sambutan di sini. Di Sarawak ini hanya 20% lebih sahaja ummat Islam. Di Sibu ni lagilah terhad bilangan mereka. Kemajuan ummat Islam di sini masih banyak yang perlu di pertingkatkan dalam segala bidang. Berbanding dengan bangsa lain mereka perlu berbuat banyak. Saya tidak mahu bercerita perihal pembangunan dan pencapaian orang melayu di sini. Ramai yang boleh masuk rangcangan "Bersamamu" di TV3.
Apa yang hendak saya tekankan ialah pembangunan rohani, minda dan gaya hidup beragama. Kesedaran masyarakat Islam secara umumnya terhadap aktiviti agama masih rendah. Kelas-kelas agama begitu sepi. Surau dan masjid tiada program terancang dan bersusun. Jabatan-jabatan agama lemah dan tidak efisen. Penekanan dan pemberatan kerajaan dalam saoal agama dan masyarakat Islam tidak lebih untuk mencari keuntungan survival politik sahaja. Ada majlis rasmi baru ramai ke surau dan masjid. Baru nampak muka. Patut di baca Surah Al-Munafiqun sebanyak mungkin buat mereka ini. Begitulah hakikatnya. Kelas agama dan ceramah agama cukup sepi dan kurang pemainnya. Ustaz-ustaz pun turut sama hanyut dan hanya beberapa kerat sahaja yang nampaknya memainkan peranan sendiri. Kalau begini peranan pemainnya bayangkan pula peminatnya. Kalau bagi hiburan dan Karaoke cuba bayangkan sambutannya.
Namun peranan yang sedikit itu tidaklah dinafikan. Masih ramai yang cintakan Islam. Sekarang telah ada kesedaran dan mula ada kelas-kelas agama. Alhamdulillah!!! Saya mendoakan agar senario ini akan berkembang secara positif dari masa ke semasa. Bagi masyarakat di Sibu sila lihat kelas agama saya dalam jadual aktiviti kuliah saya: "Ayuh Jumpa Ustaz!!!". Harap Allah SWT sentiasa memberi kekuatan dan keikhlasan kepada kita untuk terus berjuang menegakkan agama Islam di atas muka bumi ini. Minta sangat-sangat sokongan ummat Islam dan jangan ada tangan yang cuba menyekat kesedaran ini.
Di antara "Memberi Ajar dan Memberi Ingat"
Sudah lapan tahun saya memberi kuliah dari tiada orang di masjid sehingga hari ini solat waktu telah dapat dilakukan secara berjamaah untuk lima waktu sehari semalam. Semuanya kerana Allah sudah buka hati kita supaya hidup dengan hidayahNya. Maka tugas saya bukan hanya di sekolah sebagai ustaz mata pelajaran "Pendidikan Islam" tetapi menjurus kepada mendidik dan memberi ingat agar anak-anak didik saya adalah generasi baru yang akan mewarnai gaya hidup umat Sibu pada masa yang akan datang. Tugas saya ialah memberi "Inzar" yakni "memberi ingat atau peringatan". Ketika sampai tahap "memberi ingat" inilah saya dapat rasakan kerja saya menjadi sedikit sukar. Kerana apabila kita "merasakan" masyarakat kita dengan peringatan; mereka mula memberi respond positif mahupun negatif. Bayangkan selama 8 tahun saya menumpukan usaha "memberi ajar" di sekolah, di surau-surau, di masjid-masjid dan di jabatan-jabatan, saya diterima dengan baik. Tetapi bila kita mula melangkah ke satu tahap lagi; maka ada jiwa yang tersentuh dan atau jiwa yang mula tidak tenang. Saya mula bersifat lebih keras dan bertenaga menyampaikan peringatan -peringatan Allah SWT baik melalui kuliah, ceramah dan khutbah. Saya fikir saya perlu lebih berani untuk menyatakan kebenaran. Dan Insya Allah saya tidak akan tunduk kepada tekanan dan terus istiqamah pada jalan ini. Saya rasa lebih ikhlas berjuang kerana saya mampu mengucapkan secara jelas dan benar tanpa berkias-kias dan berlapit lagi. Ini kekuatan baru dalam siri dakwah dan perjuangan saya. Sekali lagi saya menyeru agar saya di beri peluang dan sokongan.
{وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ} (122) سورة التوبة
Maksudnya: "Dan tidak patutlah orang-orang beriman itu keluar berperang semuanya, maka hendaklah ada di kalangan kamu satu kumpulan yang duduk mendalami ilmu agama untuk mereka memberi ingatan kepada kaum mereka bila mereka itu kembali di tengah-tengah mereka; mudah-mudahan mereka mendapat ingatan".
Berpegang dengan amanah Allah SWT melalui ayatnya ini; ianya telah memotivasikan diri dan menggerakkan saya. Insya Allah saya akan bergerak tanpa rasa jemu, penuh sabar dan berilmu. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan, istiqamah, sabar dan jalan yang luas buat saya, Insya Allah. Saya tidak mengharapkan apa-apa melainkan ingin "memberi ingat" kepada masyarakat di sini agar kehidupan beragama itu menjadi keutamaan dalam hidup dan membebaskan mereka daripada kejahilan dalam agama.
Berilah sokongan Anda Buat Saya. Ayuhlah!!!

Comments