Peringatan Kepada Yang Menang Dan Yang Kalah dalam PRU12
Keputusan PRU12 semua orang sudah tahu. Siapa yang kembali berkuasa pun sudah tahu. Ada kerajaan yang sudah dibentuk dan ada dalam proses pembentukan sedang berlaku. Jelas kali ini rakyat sudah menggunakan "kuasa rakyat" secara bijak dan berani menegakkan keadilan dalam diri mereka sendiri tanpa rasa takut dan ragu. Tahniah!!!
"Kuasa Suara Rakyat"
Suara Rakyat yang berani menongkah arus daripada yang biasa telah menang di beberapa negeri di Malaysia dalam PRU12. Kejayaan mewakili rakyat yang tertindas dan tidak dibela dengan cara yang wajar. Rakyat tidak hanya mahukan kemajuan kebendaan tetapi juga hak-hak keadilan dan kesaksamaan dalam mendapat kurnia Allah SWT. Rakyat sebenarnya mahu lebih daripada keperluan benda semata-mata iaitulah keperluan jiwa, akal dan rohani yang sejahtera dan bahagia. Keseimbangan inilah yang diperlukan oleh rakyat dan ianya perlu disempurnakan oleh kerajaan yang mentadbir. Maka kegagalan melengkapkan keperluan ini maka sesiapa yang bertanggungjawab itu telah diajar dan ditegur oleh rakyat secara berhemah dalam PRU12 lalu. Seharusnya mereka yang gagal itu insaf dan sedar dengan "signal" rakyat ini. Sesungguhnya; kemenangan ini adalah anugerah Allah dan pada masa yang sama ia menjadi dugaan Allah dan ujian kepada hamba-hambaNya yang diberi kemenangan samada untuk beriman atau kufur. PRU12 telah memberi kemenangan kepada semua. Semua pihak merasai kemenangan. Yang kalah itu cuba analisis kembali bahawa pihak yang tidak pernah menang kali merasa nikmat kemenangan dan yang tidak pernah terpukul dengan kekalahan teruk merasa kini sakitnya kalah. Tetapi dalam kalah itu pun masih menang. Maka bersyukurlah!!! Itu tanda Allah SWT masih memberi peluang kepada semua buat sekian kalinya. Beringatlah!!!
Sikap Orang Mukmin Menerima Kemenangan Dan Kejayaan
Kejayaan tidak salah diraikan tetapi dalam adab dan akhlak yang tinggi sebagaimana yang diajar oleh Allah dan rasulnya. Akan banyaklah majlis kesyukuran diadakan selepas ini. Itulah cara sebaiknya kita meraikan kemenangan. Kemenangan itu mesti disambut dengan rasa syukur dengan memperbanyakkan ucapan tasbih dan sujud kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT; . فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَكُن مِّنَ السَّاجِدِين َ ) (98) سورة الحجر )
Maksudnya: "Maka ucaplah tasbih dengan memuji (nama) tuhanmu dan jadilah daripada orang-orang yang sujud".
Allah SWT mengajar hambanya supaya mengembalikan kegembiraan itu kepada Allah SWT. Dialah yang sebenarnya membuat sebaik perencanaan dengan demikian jadinya keputusan PRU12. Semua perlu menyemak diri adakah semakin kuat kita dengan Allah SWT atau bertambah keegoan kita yang menyebabkan kita semakin jauh daripadaNya. Dalam peristiwa Pembukaan kota Mekkah, Allah SWT mendidik Nabi Muhammad SAW dan Para Sahabatnya supaya tidak bersikap sombong dan pendendam. Sebaliknya kemaafan dan kasih-sayang dihulurkan sehingga penduduk Mekkah ketika itu semua merasa terbela dan tidak dizalimi lagi. Inilah akhlak yang perlu ada pada mereka yang menang dan diberi mandate untuk mentadbir negeri dan Negara. Ingat kuasa itu telah diberi oleh suara rakyat maka hak rakyat perlu dikembalikan seadil-adilnya. Bagi mereka yang menjadi pejuang Islam teras inilah yang perlu diketengahkan dan menjadi model pemerintahan kepada golongan sekular yang seringkali menolak kebaikan Islam dan keadilannya selama ini.
Firman Allah SWT;
إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ . وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا . فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ )وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا )- سورة النصر 3-1
Maksudnya: "Apabila telah datang pertolongan Allah SWT dan kemenangannya; kamu lihat manusia masuk ke dalam agama Allah SWT secara berduyun-duyun. Maka ucaplah tasbih dengan memuji (nama) tuhanmu dan minta ampunlah kepadaNya, sesungguhnya Allah itu sangat mengampun (menerima taubat).
Lihatlah nabi dan umat Islam diunjurkan supaya bertasbih dan bertaubat. Mengapa bertaubat? Mungkin ada perasaan riak dan takbur dalam diri yang menang kepada pihak musuh yang kalah dan tengah kecewa dengan ketewasan mereka. Dengan itulah orang Islam diajar oleh Allah SWT dengan taubat dan beristighfar agar mereka tidak melakukan kesilapan yang sama sebagaimana musuh. Janganlah kita mengherdik dan mencerca musuh kerana sikap itu nyata bercanggah dengan prinsip Akhlak dan ajaran Islam.
Allah SWT menegaskan dalam ayat yang lain;
{وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا}
(58) سورة الأحزاب
Maksudnya: "Dan orang-orang yang menuduh orang mukmin lelaki dan perempuan dengan apa yang tidak dilakukan oleh mereka maka mereka telah menanggung maksiat dan dosa yang besar".
Ingatlah sebesar mana kesilapan saudara kita; kita masih dalam barisan mukminin dan mukminat. Masih mengucap dua kalimah syahadah. Kalau dulu saudara kita yang sama ucapan mereka dengan kita berbuat kezaliman biarlah Allah SWT mengajar mereka dengan caraNya. Kita yang faham Islam jangan sekali berbuat seperti mereka. Kesannya sangat buruk kerana kita adalah pekerja-pekerja dan pejuang-pejuang atas nama Islam. Kesilapan kita menjadi lebih besar dan kekal berbanding kesilapan mereka.
Pejuang Islam dan Kebenaran itu mengharapkan pertolongan Allah dan keredhaanNya sementara mereka yang berjuang dengan dasar Taghut mengharapkan Syaitan dan nafsu sebagai teman-teman mereka, Harap umat Islam yang menjadi pemuja Taghut itu cepat kembali insaf dan bertaubat juga sebagaimana pejuang Islam diajar dengan istighfar dan taubat kalau-kalau mereka melakukan dosa.
Semoga PRU12 ini benar-benar menjadi pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia.

Comments