Pihak hina Islam dikecam

HINA ISLAM: Foto skrin komputer menunjukkan filem anti-Islam ‘Fitna’ di laman web www.liveleak.com yang dikutuk masyarakat Islam. Web itu kemudian membuang video berkenaan daripada lamannya.


Majoriti anggota UNHRC lulus ketetapan kutuk pihak peralat media BaratGENEVA: Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) meluluskan satu ketetapan mengutuk tindakan segelintir pihak memperalatkan media bagi menghina Islam. Ketetapan itu disokong 21 daripada 47 negara anggota manakala 14 negara berkecuali dan 10 lain membantah.

Agensi PBB itu dikuasai negara Arab dan Muslim yang memberi sokongan penuh di atas ketetapan itu manakala negara lain seperti Eropah dan Kanada, membantahnya. "Majlis ini mengecam penggunaan media yang dijadikan alat mencetuskan keganasan, rasa takut dan benci serta kekejaman lain ke atas Islam," kata kenyataan itu. Dokumen berkenaan dikemukakan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang bimbang terhadap sebarang tindakan mengaitkan Islam dengan keganasan, kekejaman dan pencabulan hak asasi manusia.

Ketetapan itu menggesa anggota Majlis berkenaan supaya menerima pakai undang-undang yang melindungi hak keagamaan bagi menentang sebarang penghinaan. "Kami juga menggesa negara anggota mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak penularan persepsi negatif atau penyebaran bahan yang boleh mencetuskan jenayah benci.

Satu kajian Britain baru-baru ini pula menuduh industri media dan perfileman membangkitkan sentimen Islamophobia dan prejudis dengan memburuk-burukkan Muslim dan warga Arab sebagai kejam, bahaya dan satu ancaman kepada orang lain. Pelbagai pihak termasuk ahli akademik terkenal Amerika Syarikat, Stephen Schwartz juga mengutuk media barat kerana gagal menepati laporan ke atas Islam yang adil selepas kejadian 11 September 2001.

Presiden pergerakan Yahudi terbesar Amerika, Eric Yoffie juga menuduh media dan ahli politik Amerika sengaja memaparkan Muslim sebagai kejam. Pendirian UNHRC dibuat di tengah-tengah kontroversi penyiaran filem pendek Belanda bertajuk Fitna yang menghina kitab suci al-Quran.

Awal bulan ini, rangkaian televisyen swasta dan awam Belanda memutuskan enggan memaparkan filem hasil arahan ahli perundangan negara itu, Geert Wilders, yang terpaksa menggunakan internet sebagai media memaparkan filemnya itu, kelmarin.

Wakil Kesatuan Eropah di UNHRC yang juga duta Slovenia, Andrej Logar berkata ketetapan itu bertujuan membangkitkan kesan buruk kempen jahat yang menghina agama dan etnik penduduk minoriti Muslim, khususnya selepas kejadian 9/11.

- Agensi


Harakahdaily.net.

PAS bantah keras filem anti Islam Belanda - Presiden
Wan Nordin Wan Yaacob
Sun Mar 30, 08

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap sebuah filem Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk 'Fitna' yang jelas memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al Quran serta Nabi Muhammad s.a.w.

Filem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang ganas, ujarnya dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui Setiausaha Akhbarnya, Roslan Shahir Mohd Shahir semalam.

Presiden PAS merasakan filem yang tidak bertanggungjawab ini akan mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam dunia dan dengan itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan lagi.

Presiden PAS turut menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.

Tambahnya, PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu ada had dan batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak menghormati sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir separuh penduduk dunia./
wann


Pemuda BN kutuk penayangan filem "Fitna"

KLUANG 30 Mac — Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini mengutuk sekaras-kerasnya tindakan anggota Parlimen Belanda Geert Wilders yang memulakan penayangan filem “Fitna” kerana jelas menghina sensitiviti umat Islam seluruh dunia.

Pengerusi Pemuda BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penerbitan filem berkenaan sesuatu yang menyedihkan dan boleh mencetuskan kemarahan umat Islam sehingga menimbulkan keadaan yang berbahaya.“Saya betul-betul sedih dalam hal ini.

Dalam hal ini bukan sahaja Pemuda Umno tetapi Pemuda komponen BN juga tidak akan berkompromi dalam hal-hal agama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat kawasan Sembrong di Felda Ulu Belitong, di sini malam tadi.

Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran dan anggota Parlimen Sembrong mengulas tindakan Wilders dan penyebaran filem itu menerusi internet yang menunjukkan penghinaan terhadap Islam dengan memetik beberapa ayat Al-Quran dengan imej latar serangan pengganas.

Beliau berkata penerbitan filem itu sukar diterima umat Islam atas dasar kebebasan bersuara dan semua pihak harus sedar kebebasan bersuara mahupun hak-hak tertentu seharusnya disertai dengan rasa tanggungjawab untuk memastikan seluruh masyarakat tidak tersinggung.— BERNAMA.

Komen:
1. Fair statement - kalau betul betul ikhlas.
2. Apa beza dgn Islam Hadhari?

Dah tentu Wilder ni bukan Islam yg menterjemah mengikut suka dia dgn agenda agenda tersendiri beliau. Lihat komen bernas dari masyarkat Islam dan bukan Islam luar negara berhubung isu ini.

Bagaimana dgn Islam Hadhari ciptaan PM dan UMNO yg lahirnya Islam, pendidikannya Islam, duduk di "negara islam",. Ini lebih BESAR fitnahnya dari FITNA wilder. Cuma pandangan shj.

Comments

isma daud said…
FITNAH umat Islam lebih besar dari ‘FITNA’ Geert Wilders
Posted on Friday, April 04 @ 21:01:00 MYT by SongkokPutih


Oleh madihah_solehah
dari: www.tamanilmu.com

Iman saya teruja dengan filem pendek Geert Wilders, ahli Parlimen Belanda yang memfitnah Islam dan ajarannya melalui ‘FITNA’. Ramai yang memprotes, membantah, mengajak boikot produk Belanda dan tidak kurang yang berdemonstrasi. Saya bersetuju dengan semua bentuk tindak-balas tersebut. Tetapi pada pandangan saya, filem ‘FITNA’ itu jika dihasilkan oleh seorang ahli Parlimen Belanda seperti Geert Wilders yang sememangnya tidak beriman, kufur dan terus-terang menyatakan kekufurannya, maka ia bukanlah sesuatu yang menghairan dan memeranjatkan. Ketika di zaman penjajahan dahulu, mungkin sesetengah negara penjajah tidak menunjukkan maksud sebenar dari penjajahan yang ingin mengkristiankan penduduk negara itu, tetapi Belanda tidak ‘segan-silu’ menampakkan kesungguhannya untuk mengkristiankan penduduk negara yang dijajahnya seperti yang berlaku terhadap Indonesia. Jangan lupa dengan nama Snouck Hurgronje. (Sedikit biografinya seperti di bawah)[i].

Bagi saya, FITNAH yang lebih besar ialah apabila ia datang dari umat Islam sendiri yang mengaku beragama Islam, mengaku mengikut Islam, mengaku tuhannya Allah, Nabinya Muhammad, tetapi bertindak dan beramal yang menyebabkan orang bukan Islam tidak berminat dengan Islam dan lari darinya.

Saya pernah mengajar subjek Moral (MPW 1153) untuk pelajar bukan Islam ketika menjadi pensyarah di TATI. Apabila sampai pada perbincangan tentang agama termasuk Islam, saya mengambil peluang menerangkan dengan sungguh-sungguh apa itu Islam. Mereka nampaknya boleh menerima konsep-konsepnya, tetapi antara yang disebut oleh pelajar saya itu ialah rakan pelajar mereka yang beragama Islam sendiri tidak menunjukkan sifat sebenar Islam sebagaimana yang saya beritahu mereka. Saya memberitahu kepada mereka: ‘Antara orang Islam dan ajaran Islam ada beza. Kalau nak tahu tentang Islam, tengoklah al-Quran, jangan membuat ukuran dari perangai orang Islam yang tidak mengamalkan ajaran Islam yang memberi tanggapan salah tentang Islam’ Inilah sebenarnya yang menjadi FITNAH dalam masyarakat Islam.

Ajaran Islam tentang amanah, kejujuran, keadilan, kebebasan bersuara, hak yang mesti diberi kepada semua dan lain-lain kehebatan ajaran Islam tertutup dengan sebab umat Islam sendiri, sama ada peribadinya hinggalah pemerintahnya.

Justru, jangan cepat melihat FITNA Wilders sahaja terhadap Islam, tetapi lihatlah juga FITNAH anda sebagai umat Islam terhadap ajaran Islam.
isma daud said…
Ulasan isu filem Belanda hina Islam
Posted on Thursday, April 03 @ 17:03:07 MYT by SongkokPutih

Oleh : Ustaz Kamarudin bin Haji Sidek

Isu Ahli parlimen Belanda yang menghina Islam melalui internet, macam-macam reaksi pemimpin UMNO tetapi satu tindakan tidak diambil keatasnya. Kalau betul lah kerajaan Islam Had Hari ada sensitiviti, putuskan sahaja hubungan diplomatik dengan mereka. saya bersetuju dengan cadangan Tun Dr. Mahathir, tindakannya ialah umat islam perlu bersatu dan jangan fikir kepentingan perut sendiri (Ekonomi) Saya nak bidas sedikit pandangan Tun dan semua pemimpin UMNO, Almarhum Dato' Fadzil Noor Presiden PAS pernah mengesyorkan pada Dr. Mahathir dulu semasa pidato bersama untuk kebebasan Palestin( ketika itu Malaysia bakal menjadi tuan rumah Persidangan OIC dan malaysia sebagai bakal pengerusinya ) agar OIC menubuhkan tentera bersekutu dikalangan negara-negara anggota untuk mempertahankan negara umat islam serta agamanya, tetapi sayang cadangan yang rasional ini tidak mendapat sambutan daripada para pimpinan UMNO.

Akhirnya OIC walaupun dianggotai lebih daripada 50 buah negara Islam tetapi tidak ada apa yang dapat digerunkan oleh dunia barat. Esok lusa apa pula cemuhan dan penghinaan terhadap Islam lagi, OIC sekadar mengeluarkan kenyataan mengutuk. Di Malaysia sahaja, bila berlaku gejala murtad, apa yang UMNO buat tindakan.

Kalau muka UMNO, rakyat tak harap apa-apa respon positif untuk mempertahankan Islam, dasar UMNO untuk kebangsaan bukan untuk Agama Islam.

Sebab itu kalau bangsa lain hina melayu, UMNO sanggup bermandi darah.

sumber dari : http://www.kbsn26melaka.blogspot.com/

kunjungi blog
www.jasindaily.blogspot.com "
isma daud said…
Demonstrasi aman di hadapan Kedutaan Belanda hari ini
Intan Abdullah
Fri | Apr 04, 08 | 10:27:15 am MYT

KUALA LUMPUR, 4 April (Hrkh) - Satu perarakan aman dan demonstrasi membantah penayangan filem Fitna akan diadakan selepas solat Jumaat di Kedutaan Belanda, Jalan Ampang hari ini.

Ia akan dimulakan dengan solat Jumaat di Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak diikuti dengan perarakan secara aman menuju ke kedutaan Belanda di Jalan Ampang yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam, Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ridhuan Mohd Nor menyeru kepada seluruh umat Islam yang cintakan agama dan memelihara kesucian Islam agar turut sama sebagai tanda sokongan.

"Beberapa kumpulan NGO dan kumpulan Mahasiswa dijangka akan turun bagi meramaikan lagi perhimpunan tersebut," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Tambahnya, penayangan filem berbentuk dokumentari pendek selama 15 minit 48 saat yang bermotif untuk menghina al-Quran sebagai kitab ajaran Islam adalah jelas membuktikan bahawa pihak penerbit tersebut sengaja menerbitkannya bagi mengundang kemarahan umat Islam seluruh dunia.

"Bahkan, kita menyaksikan begitu banyak bantahan yang dibuat di serata dunia sebagai tanda protes terhadap penayangan Fitna," katanya.

Tegasnya, semua pihak khususnya umat Islam hendaklah bersama-sama bangkit untuk memperjelaskan sikap terhadap usaha-usaha pihak tertentu bagi menghina dan mencemarkan kesucian al-Quran serta ajaran Islam.

"Tanggungjawab untuk menjaga kesucian al-Quran dan mempertahankan Islam adalah terpikul di bahu semua pihak, bukan sekadar persatuan yang berteraskan Islam sahaja," katanya lagi.

Justeru, beliau menyeru mereka yang prihatin agar bersama-sama dalam isu ini supaya ia menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang mahu memfitnah al-Quran dan Islam tidak lagi berani mempermain-mainkan ajaran tersebut.

Orang ramai adalah dijemput hadir ke perarakan tersebut bagi menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada usaha memelihara kesucian al-Quran dan Islam. - mks.
Akhirnya seorang warga saudi membuat filem yang membalas FITNA

maklumat lanjut :

http://abgfir.blogspot.com/2008/04/bible-version-of-fitna-video-schism.html

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?