Majlis Penyampaian Sijil Tadika Didik Ria (TDR) di Dewan MMU
Hari ini aku sempat menghadiri majlis yang sangat penting untuk anak lelakiku. Sudah tamat alam tadikanya. Bermakna tahun hadapan dia akan melangkah ke sekolah rendah memasuki tahun 1.
Sebagai seorang bapa saya tetap bangga dengan anak saya walau apapun keputusan yang dia perolehinya. Muhammad Fawwaz adalah seorang anak yang sangat lain perwatakannya di sekolah berbanding di rumah. Bermula sebagai seorang yang sangat pendiam dan saya sendiri tidak dapat bayangkan selama tiga tahun bersekolah di tadika ini, selama itu dia menjadi seorang yang kaku dan senyap. Turun dari kereta ke kelasnya berpimpin, kaki bagai diheret dan langkahnya sangat perlahan, bersuara jauh sekali kecuali dengan gurunya saja, itupun bagai berbisik. Ujian lisannya dicatat: "Belum Menguasai". Bak kata sengalanya pasif, kelu dan bisu. Cuma di tahun ini dia sedikit berani. Berani turun dari kereta dan tidak mahu dipimpin masuk ke perkarangan tadika. Mula bercakap walaupun dalam nada yang sangat perlahan. Bahagian lisan ada catatan baru; "Menguasai!". Itupun sudah membahagiakan saya.
Melihat keletah anak-anak sahabat lain; aktif, mampu membuat persembahan, menguasai hafazan, memberi ucapan, bernasyid, mencapai akedemik yang lain; kesudian anak saya beratur menerima sijilnya sudah cukup membahagiakan saya. Kesudiannya berdiri untuk sesi fotografi pun sudah memadai. Saya berharap nilai positif yang mula bertapak ini akan diperkukuhkan lagi seiring dengan usianya. 'Biar siapa pun dirimu abah sangat sayang kepadamu1'.

Comments