Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 20 Oktober 2007 : Bagaimana pula yang tidak cemerlang itu?

Sekalung tahniah kepada semua pelajar SMK Rosli Dhoby yang telah mengekalkan kecemerlangan akedemik dan ko-kurikulum masing-masing baik di peringkat sekolah mahu pun bahagian apatah lagi yang mencapai tahap kebangsaan sehingga dianugerahkan sijil dan pengiktirafan oleh pihak sekolah.

Sebagai pendidik sudah tentu perasaan bangga dan syukur di atas kejayaan mereka. Sekalung doa juga dipanjatkan ke hadrat ilahi agar kecemerlangan ini akan berterusan di masa-masa akan datang. Namun jauh di sudut hati tersimpan rasa bimbang dan sangsi dengan perkembangan prestasi disiplin di kalangan segelintir pelajar kian merosot. Salah-laku pelajar sekian hari kian bertambah. Sistem meret-dimeret ada kesan baiknya tapi yang lebih penting tindakan yang lebih berkesan dan konsisten amat diharapkan dari kalangan pentadbir sekolah. Kalau tidak ”ruang” yang memang disedari oleh pelajar ini akan digunakan untuk melakukan salah-laku disiplin. Mengikut pengamatan ustaz masalah disiplin ini ada sedikit merosot.

Disiplin diri adalah salah satu daripada kunci kejayaan seseorang. Tanpa disiplin diri pelajar yang cemerlang pun akan merosot. Ustaz mengambil contoh pelajar KRK ( Kelas Rancangan Khas) yang rata-ratanya berlatar-belakangkan pencapaian akedamik yang baik sekurang-kurangnya 3A dalam peperiksaan UPSR. Maknanya mereka ini adalah mereka yang mempunyai kemampuan untuk cemerlang. Apa masalahnya? Adakah guru yang mengajar dan bahan pengajaran yang menjadi masalahnya? Masalahnya mereka ini tidak menanamkan sikap positif dan berdisiplin dalam belajar. Banyak memberi alasan, seronok berada di dalam ruang atau zon selesa, tidak mahu membuat lebih dan menjadikan ”KRK” itu sebagai tekanan bukan dorongan dan cabaran. Beberapa kali PK 1 mewar-warkan pelajar Tingkatan 6 yang merosot sekali pencapaiannya dalam peperiksaan sekolah. Pihak sekolah perlu memandang serius dalam hal ini. Pendedahan belajar secara smart dan berkesan perlu ditekankan lagi dikalangan pelajar. Tidak ada alasan langsung bagi pelajar yang tinggal di asrama untuk menyatakan kurang masa untuk belajar kerana mereka ada jadual dan masa belajar. Segalanya diurus dan disediakan. Di sinilah ustaz rasakan bahawa cara pelajar itu belajar dan mengurus masa secara berdisiplin yang memberi kesan besar kepada keputusan peperiksaan mereka dan pencapaian dalam bidang yang lain.

Sikap terhadap guru juga ada kesannya terhadap kecemerlangan pelajar. Perasaan hormat dan sayang kepada guru menjadi kayu ukur kejayaan mereka. Apa gunanya otak pandai tapi perangai buruk. Yang lebih buruk otak teruk perangai pun buruk. Jelasnya akhlak mulia dan terpuji lebih menjadi asas kecemerlangan. Dalam Islam ada satu kaedah ”Saddu Zarai’ik”. Sebelum perkara buruk berlaku maka semua jalan yang membawa kepada keburukan itu mesti disekat dan dihalang. Kata pepatah melayu: ”Sebelum nasi menjadi bubur”. Jadi menghormati guru masih menjadi rahsia kepada kejayaan dan keberkatan ilmu. Hormatilah guru anda dengan berdiri tegap ketika guru masuk kelas walau pun guru itu hanya guru "sit-in", mengucap salam dengan hormat dan berinteraksi dengan mereka secara sopan setiap masa. Sudah banyak contoh ustaz jumpa mereka yang sentiasa menghormati guru mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?