Kempen Nilai Murni (4) : "Kejujuran”
Teks disediakan oleh Ustaz;
Disampaikan oleh Adik Hazmiruddin Kamaruddin (5E)
Assalamu alaikum dan selamat pagi;
Nilai murni yang akan saya bicarakan pada pagi ini ialah kejujuran. Mari kita bertanya kepada diri kita betapa jujurkah kita kepada diri kita? Sebagai pelajar sejauhmanakah kita berusaha memupuk nilai ini ke dalam diri kita?
Kejujuran menurut pandangan Islam ialah sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharap balasan.
Para Guru dan Rakan-rakan sekalian;
Sifat jujur adalah sifat terpuji yang mesti ada pada diri kita. Ia adalah kunci kebahagiaan dan keharmonian hidup. Sifat jujur adalah sifat para nabi dan rasul kerana mereka menjadi contoh teladan kepada umat mereka. Dapat kita bayangkan bagaimanakah akibatnya para nabi dan rasul ini jika mereka mengabaikan sifat jujur dalam diri mereka ketika menyampaikan ajaran Allah yang diwahyukan kepada mereka.
Orang yang jujur sentiasa ikhlas dalam melakukan sebarang pekerjaan, bercakap benar, menepati janji, berakhlak mulia, berdisiplin, taat kepada perintah agama, tidak mengkhianati amanah dan tidak menzalimi orang lain, suka menegakkan kebenaran dan berani mencegah kemungkaran.
Rakan-Rakan Sekalian;
Sementara itu kita biasa dengar dalam akhbar tentang mereka yang dituduh dan dijatuhkan hukuman atas kesalahan rasuah dan pecah amanah. Tidak jujur ada kaitan dengan mencuri dan menipu. Pepatah melayu ada berkata;
“Siakap Senohong Gelama Ikan Duri; Bercakap Bohong Lama-lama Mencuri”
Ada juga segelintir pelajar kita cuba tidak berlaku jujur kepada diri sendiri. Contohnya ada yang takut untuk menunjukkan kad kemajuan dan keputusan peperiksaan sekolah kepada ibubapa kerana banyak mata pelajaran tidak lulus ataupun lulus tapi mendapat markah rendah atau keputusan tidak berapa elok. Mereka ini sanggup merubah markah dan ada pula memberitahu kad kemajuannya sudah hilang. Sikap tidak jujur ini mendorong mereka menipu guru dan menipu ibubapa juga. Mereka ini seringkali memberitahu ibubapa betapa mereka pandai di sekolah. Mereka malu lantas mencari jalan untuk berbohong. Bukankan sikap ketidak-jujuran ini akan menyusahkan diri sendiri?? Ini hanya satu contoh yang sudah kita kesan di kalangan rakan-rakan kita yang tidak bertanggungjawab. Banyak lagi contoh lain seperti ponteng kelas, ponteng sekolah, mencuri barang dan wang kawan-kawan dan sebagainya. Saya menyeru supaya setiap orang daripada warga SMK Rosli Dhoby sentiasa menjadikan kejujuran sebagai asas perjuangan kita untuk memartabatkan sekolah kita sebagai sebuah sekolah yang dapat melahirkan modal insan yang gemilang dan terbilang dan dihormati oleh masyarakat seluruhnya.
Semoga apa yang saya sampaikan pada pagi ini menjadi renungan kepada kita bersama. Jauh sekali untuk mengaibkan rakan-rakan. Sekian Terima Kasih.

Comments