Ambil Iktibar : "Tiada istilah senang lenang" - Farah Izzati

KEPALA BATAS: “Pada saya tiada istilah bersenang lenang ketika di tingkatan empat. Usaha gigih sejak awal akhirnya membuahkan hasil,” kata Farah Izzati Saiful Azhar, 18, pelajar terbaik Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Irshad di sini, yang mendapat 12 1A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), semalam.

Farah Izzati dari Seberang Jaya juga mengulangi kejayaan mendapat 9A ketika Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2005 di sekolah sama.

Anak kepada pengurus kilang itu berkata, tumpuan dalam kelas penting supaya apa yang diajarkan guru difahami sebelum membuat ulang kaji sendiri.

“Pada mulanya saya sedikit terganggu kerana memasuki Kolej Islam Sultan Azlan Shah selepas PMR sebelum berpatah balik ke sekolah asal, namun saya dapat menyesuaikan diri atas dorongan guru dan rakan.

Sumber dipetik daripada myMetro.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?