Seloka Muslimah Menutup Aurat

e-mel oleh al-farouq

tutup aurat satu tuntutan,
dalam keluarga wajib tekankan,
kalau tak ikut gunalah rotan,
demi melaksanakan perintah Tuhan,

aurat ditutup mestilah lengkap,
tudung litup termasuk skap,
mini telekong pun orang cakap,
elok dipandang tak payah pun `make-up`,

sekurang-kurangnya berbaju kurung,
lebih elok jubah mengurung,
kaki pula mesti bersarung,
ditumit kaki syaitan bertarung,.

kalau wanita menutup aurat,
orang jahat tak berani ngorat,
bahkan boleh menjadi ubat,
orang yang memandang boleh bertaubat.

pakaian moden? memanglah hebat,
harganya mahal walaupun ketat,
walaupun cantik tetapi singkat,
orang memakai pun nampak pusat.

berseluar ketat bajupun ketat,
jarangnya pula boleh dilihat,
orang yang memakai terus dilaknat,
oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

apa yang aneh bila dipandang,
lengan pendek tapi bertudung,
nampak seperti orang yang kudung,
mata terpandang kaki tersadung.

lagilah aneh bila difikir,
baju kebaya tudung berukir,
nampak dada iman terjungkir,
kain terbelah peha terukir.

bila ditanya kenapa begitu,
dia kata fesyennya dah macam tu,
didalam hati niat tertentu,
menggoda jantan sudahlah tentu.

menutup aurat boleh berfesyen,
tetapi jangan menunjuk fesyen,
sesuaikan diri ikut profesyen,
kalau laknat tak guna sesen.

kalau nak ikut nasihat ini,
jangan bertangguh ubahlah diri,
benda yang baik tak payah diuji,
akan terserlah akhlak terpuji.

kepada semua kawan lelaki,
jangan tergelak wanita diperli,
keluarga kita tak terkecuali,
terutama sekali anak dan bini.

sudahlah kita tanamkan iman,
menutup aurat sepanjang badan,
kesana kesini dilindungi tuhan,
keluarga menjadi contoh teladan.

setakat ini seloka ini,
harap dapat menghibur hati,
yang baik bolehlah anda ikuti,
kalau boleh besok mulai.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?