Usia Kian Senja, Perjalanan Hampir Sampai

Oleh isma daud

 catatan gambar : bersama bapa mertuaku yang sentiasa memotivasikan jalan dakwahku.

Detik-detik masa berlalu. Tanpa sedar usia kita merangkak pergi. Hari ini genap usiaku 38 tahun. Satu usia yang menuntut muhasabah yang banyak. Semoga Allah memberkati perjalanan hidupku selama ini. Selangkah usia ke hadapan, selangkah kaki hampir sampai ke destinasi.

catatan gambar : wajah sepi bondaku yang tercinta, yang sentiasa jauh dengan anaknya.

catatan gambar : Gambar kenangan di LT Sultan Mahmud, Kuala Terengganu , 2 Jun 2010.

"Ya Allah, Engkau berkatilah ibuku yang telah bersusah-payah melahir dan membesarkan aku di dunia ini. Engkau berkatilah dia dihayatnya yang masih ada"

"Ya Allah , Engkau kasihanilah bapaku yang telah menyebabkan aku hadir ke sini. Engkau ampunkanlah dosa-dosanya dan Engkau letakkan dia di kalangan hambaMu yang Engkau redhai di alam sana"

"Ya Allah, Engkau sempurnakanlah cahaya mereka dan letakkan mereka di kalangan hambaMu yang Engkau rahmati, sesungguhnya Engkaulah tuhan yang Maha pengampun lagi Maha Pengasihani"


"Ya Allah, sesungguhnya hari ini adalah hari yang baru, hari yang baru sekejap hadirnya, hari yang membuktikan seluruh amalan dan pekerjaanku, hari yang menyaksikan seluruh dosa-dosaku yang  tidak terhitung banyaknya, hanya keampunanMu ya Allah dapat menghapuskannya. Ampunkanlah dosa-dosaku dan didiklah aku menjadi hambaMu yang sentiasa sedar dan ingat"


"Ya Allah, Engkau berkatilah perjalanan  hidupku dan  ahli keluargaku agar kami semua berada dalam rahmat dan bimbinganMu sepanjang masa, amiin ya rabbal a'alamiin.."

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?