Beriktibar Dengan Nasihat MB Terengganu, YB Luang Masa Solat Berjamaah
Oleh isma daud
Saya petik kata nasihat MB Terengganu, Datuk Ahmad Said yang dilaporkan BERNAMA sebagaimana berkata;
Ada tiga perkara yang boleh kita angkat sebagai isi penting dalam nasihatnya yang amat berguna ini.
Pertama; YB mesti sentiasa mengutamakan pengundi di kawasannya. Luangkan masa emas untuk mendengar suara hati rakyat yang banyak, yang boleh dibantu segera oleh YBnya.
Kedua; YB mesti mengutamakan keperluan rakyat setiap masa bukan sekali-sekala seperti 5 tahun baru nampak muka semula selepas 10 hari tempoh berkempen untuk menang pilihanraya dahulu.
Ketiga: Pendekatan terbaik untuk tambat hati rakyat yang paling mudah tanpa mengeluarkan belanja besar seperti melazimi solat berjamaah bersama rakyat jelata berbanding hadir kenduri-kendara dan kematian kenalah hulurkan sedikit duit belanja.
Ramaikah YB solat berjamaah secara rutin, bukan kerana pelancaran dan perasmian yang rasmi di kawasannya? Inilah yang patut dilihat oleh para YB. Melihat secara objektif dan lihatlah kesannya baik kepada perjalanan politiknya dan keberkatan hidup rakyat atau penduduk di kawasan YB berkuasa.
Sungguh bagaimana yang dinasihatkannya agar para pemimpin mesti mendampingi rakyat sehingga dalam solat berjamaah sekalipun. Sungguh agama rakyat itu beserta agama pemimpinnya. Jika pemimpin boleh berjamaah dengan rakyat mengapa tidak rakyat mencontohinya, dengan itu rakyat terbimbing dengan usaha agama seperti menuntut ilmu agama dan bersolat berjamaah di surau dan masjid. Kalau boleh bukan sekadar berjamaah bahkan mengimamkan solat itu sekali.
Tapi sayang nasihat begini hanya datang bila hampir dengan pilihanraya, pemimpin mula tunjuk-tunjuk muka dan bermuka-muka agar mendapat undi semula dengan janji dan gula-gula pembangunan pilihanraya.
Kalaulah benar bagai dikata, tidaklah masjid bermuram durja, tiada hangatnya program agama, muballigh agama yang tidak bermaya, ahli jamaah yang tua-tua, golongan ahli ilmuan yang bercakap benar, tegas pada prinsip tidak mendapat tempat memberi khidmat bakti mereka melainkan di pentas PAS baru boleh mereka bersuara. Di masjid yang dikuasai UMNO mereka perlukan permit dan tauliah, tanpanya tiada tempat bagimu walau bergulung ijazah yang dia timba, akhirnya JKKK juga yang alim dan berkuasa, siapa yang boleh bercakap, ada dalam kekuasaannya...
Terkenang bila seorang khatib membaca khutbah dalam nada suara tua bergetar-getar yang merangkak-rangkak menghabiskan teks khutbah menyebut bahawa "ramai para remaja hari ini terjebak dalam masalah "Balik Mata" , sepanjang khutbah saya cuba memahami maksud sebenar khatib itu, rupanya yang dimaksudkannya ialah "Ramai para remaja hari ini terjebak dalam masalah "Black Metal".
Jika YB sentiasa ada masa berjamaah dengan ahli masyarakat, mereka dapat menyampaikan secara langsung nasihat dari masa ke semasa agar segala isu dalam masyarakat dapat difahami terus dan orang ramai sentiasa mendapat info dan panduan dari YB yang mereka lantik sendiri sewaktu berlakunya pilihanraya.
Adakah di luar sana, YB takut untuk berjumpa pengundinya kerana janji yang lepas belum lagi terlunas???? Sebab tu liat sikitlah nak solat berjamaah dengan mereka, nanti banyak pula soalannya.... Tunggulah pilihanraya akan datang kita buat cerita lagi, mereka undi lagi. Orang melayu jiwanya lembut, marah setara manapun, kalau dipujuk dengan projek sikit-sikit lembutlah hati mereka, hilanglah marahnya. Tapi YB kena ingat pengundi hari ini tidak bodoh dan dicucuk hidung lagi. Talian hayat khidmat YB sentiasa dinilai oleh rakyat semua.
Apapun; nasihat Datuk Ahmad Said perlu difahami semua, amat bermanfaat nasihatnya. Jika dihayati oleh semua, besar fadhilat dan kelebihannya.

" Jika saya sendiri boleh berdiri enam jam semata-mata untuk menyampaikan e-Book kepada murid sekolah dan luang masa sehingga 12 malam untuk sehari bersama rakyat, saya tidak nampak kenapa wakil rakyat tidak boleh berbuat demikian termasuk luang masa di masjid untuk sembahyang jemaah bersama rakyat "

Comments