Anugerah Kesabaran : Doa, Usaha, Ikhtiar Dan Tawakkal Mendatangkan Hasil
Komentar isma daud - "tumpang gembira dengan keberhasilan usaha dan tawakkal seseorang sehingga Allah SWT memakbulkan doa dan harapannya. menjadi contoh kepada insan lain agar tidak berputus harap dengan rahmat Allah SWT. Jika ada rezeki pasti datang ketentuanNya."
Dapat kembar 4 selepas tujuh tahun menunggu
Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
bhnews@bharian.com.my
2010/07/19
JITRA: Penantian sepasang suami isteri dari Kampung Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya menjadi kenyataan apabila isterinya selamat melahirkan anak ‘sulung’ mereka di Hospital Pulau Pinang (HPP), 4 Mei lalu.
Lebih menggembirakan serta mengejutkan pasangan Mohd Rizal Shaari, 33, dan Norhayu Mat Hanafi, 29, ialah mereka dikurniakan sekali gus bayi perempuan kembar empat.
Mohd Rizal yang ditemui di rumah ibu mentuanya di Kampung Baru Asun, dekat sini, berkata mereka terharu dan bersyukur dengan anugerah Allah itu kerana sudah lama berusaha untuk mendapat cahaya mata, lebih manis lagi dikurniakan empat bayi sekali gus.
Katanya, mereka terkejut dikurniakan kembar empat kerana doktor yang melakukan pemeriksaan peringkat awal kehamilan Norhayu memaklumkan kembar tiga.
Beliau berkata, mereka membuat persiapan untuk menyambut kembar tiga.
“Semua bayi tidak cukup bulan dan ditahan sementara di HPP dengan dua daripada mereka dibenar pulang pada 28 Jun lalu, manakala dua lagi pada 1 Julai lalu.
“Kami bersyukur kerana semua bayi sihat dan kini tidak menang tangan melayan kerenah mereka, terutama ketika menangis. Namun, ia amat menyeronokkan dengan kehadiran orang baru dalam keluarga,” katanya di sini, semalam.
Mohd Rizal, juruteknik kilang plastik di Pulau Pinang berkata, kembar empat itu seiras dan diberi nama Putri Nur Adlina seberat 1.2 kilogram (kg), Putri Nur Adriana (900 gram), Putri Nur Afina (satu kg) dan Putri Nur Aina (1.1kg).
Sementara itu, Norhayu yang juga suri rumah berkata, mereka puas berusaha untuk mendapatkan zuriat termasuk menggunakan rawatan moden dan tradisional, selain banyak berdoa.
“Peringkat awal hamil saya amat risaukan keadaan kandungan kerana mengalami alahan serius, termasuk kerap muntah,” katanya.
“Namun, saya bersyukur kerana keempat-empat bayi selamat dilahirkan dan sihat, katanya yang mahu menambah lagi zuriat pada masa depan,” katanya
Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
bhnews@bharian.com.my
2010/07/19
MOHD Rizal Shaari dan isteri, Norhayu Mat Hanafi memangku bayi perempuan kembar empat mereka selepas tujuh tahun menunggu untuk menimang cahaya mata. Norhayu selamat melahirkan anak ‘sulung’ mereka di Hospital Pulau Pinang pada 4 Mei lalu.

Comments