Perkembangan Terkini Projek 2009 : Pembangunan Dan Penambahbaikan Surau An-Nadwah SMK Rosli Dhoby, Sibu.

Oleh isma daud.



Projek penambahbaikan Surau An-Nadwah, SMK Rosli Dhoby ini sudah mencecah RM14,000. Sehingga kini masih belum siap sepenuhnya. 

Dana pembinaan surau ini adalah sumber sumbangan orang ramai dan individu tertentu yang ikhlas menyumbang dan mewaqafkan kepada Surau An-Nadwah. 

Kami sebagai Jk Surau An-Nadwah ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan Umat Muslimin dan Muslimat sekalian. Semoga Allah SWT membalas sebaik-baik ganjaran khairat atas kebaikan dan kemurahan tuan-tuan dan puan-puan itu.



Pembangunan Dan Penambahbaikan ini dilakukan di hujung minggu dan mengikut kelapangan kakitangan Muslim warga SMK Rosli Dhoby. Mereka telah menyumbang tenaga dan masa demi kelancaran pembinaan anjung surau ini secara sukarela tanpa sebarang upah dan imbuhan.


Berikut dipaparkan di sini perkembangan pembinaan surau yang bermula dari awal bulan April. Anjung surau ini dibina sedikit demi sedikit mengikut kemampuan kewangan yang disumbangkan itu. Projek ini adalah berkongsepkan "projek semut" dan "gotong-royong" dalam pembinaannya.

Syukurlah pembinaannya masih berjalan lancar walaupun perlahan memandang kekangan masa yang ada kepada kami.













 

  

  




 

  

  

  

  

  

  

  

  




 

 

  

  

  

  

  

  

  

 

Hanya tinggal kawasan wudhuk belum disiapkan dengan sempurna lagi. Insya Allah , satu gotong-royong akan di adakan bagi mengecat surau sekolah pada masa yang terdekat selepas peperiksaan akhir tahun nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?