Ucapan-Ucapan Salam Aidil Fitri Mengeratkan Silaturrahim

Oleh isma daud

Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas ingatan rakan-rakan yang saya kenal atau tidak kenal sempena kedatangan Aidil Fitri kali ini dengan mengutuskan "Ucapan Salam Aidil Fitri". Saya sangat-sangat berterima kasih dan sangat menghargainya. Saya memohon maaf kerana tidak membalas ke semua ucapan tersebut. Ada yang menyatakan nama, alamat dan anak2 mereka. Dengan itu saya maklum bahawa jumlah keluarga masing-masing sudah bertambah. Ada yang menyebut beraya di rumah mentua, bila di lihat rumahnya beralamat baru. Ini samada yang sudah berkahwin dapat bini baru maka dapat mentua baru. Yang baru kali pertama kahwin, saya ucap selamat pengantin baru. Tahniah sebab sambut raya kali ini dengan suasana yang baru. Walau apa pun saya ucapkan Salam aidilfitri buat semua. Semoga Allah SWT menerima setiap amalan kita, mudah-mudahan, Insya Allah.

Sememangnya kata-kata yang ditintakan sangat menarik sekali dan mengesan di hati. Ucapan ini di samping bertujuan melahirkan kegembiraan dengan kehadiran hari lebaran; tujuan utamanya ialah untuk menyambung silaturrahim dan mengeratkan lagi kasih-sayang dan persaudaraan semasa kita umat Islam.

Di sini saya merakamkan semula beberapa kata-kata indah yang boleh mendatangkan keinsafan dan menjadi peringatan kepada kita bersama jika kita benar-benar menghayatinya.

1. Ucapan Berbentuk Doa:
"Ya Allah! Di penghujung Ramadhan yang diberkati ini; Muliakanlah saudaraku ini, kurniakanlah kebahagiaan kepadanya, sihatkan tubuh badannya, berkatilah rezekinya, kuatkanlah imannya, hadiahkanlah kenikmatan ibadah kepada diri dan keluarganya. Jauhkanlah mereka dari fitnah dan seksa neraka. Kurniakanlah syurga buat mereka. Suburkan benih JIHAD di dalam hati mereka... amiin!!! Selamat hari Raya AidilFitri. Maaf Zahir Dan Batin."


2. Ucapan Berbentuk Tazkirah:
"Yang singkat itu "WAKTU", Yang dekat itu "MATI", Yang besar itu "NAFSU", Yang berat itu "AMANAH", Yang Sulit itu "IKHLAS", Yang mudah itu "BUAT DOSA", Yang abadi itu "AMAL KEBAIKAN", Yang akan disiasat "APA YANG KITA KERJAKAN", Yang diaudit itu "APA YANG KITA MILIKI". Tapi, yang INDAH itu jika kita "SALING MEMAAFKAN". Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir Dan Batin."

3. Ucapan Berbentuk Harapan:
"Jika kesilapan semalam belum terampun, "MAAFKANLAH". Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati "LUPAKANLAH". Jika kesilapan esok mendatang, janganlah di bawa ke "AKHIRAT". Ingin menyusun sepuluh jari, mohon ampun dan maaf. Selamat Hari raya aidil Fitri. Maaf Zahir Dan Batin."


4. Ucapan Yang Berhikmah:
"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata. Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa... "MOHON AMPUN DAN MAAF" di atas segalanya. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Dan Batin."

5. Ucapan Dalam Bentuk Kata Bidalan:
"Biar kulit segelap ALMOND LONDON, asalkan hati sesuci KUIH BANGKIT. Biar iman sekental DODOL, jangan ia serapuh REMPEYEK. Biar jiwa selembut BAULU, asalkan akhlak secantik BISKUT DAHLIA, Senyumlah semanis WAJIK agar lebaran yang disambut lebih bermakna... Salam Aidilfitri, Minal 'Aaidiin Wal Faiziin! Kulla 'aamin Wa Antum Bi Khair".

Banyak lagi ucapan-ucapan yang lain termasuk yang memasukkan "smiley" dan grafik yang cantik-cantik. Tidak kurang yang menggunakan bahasa arab dan lainnya. Semoga ucapan hari raya ini tidak hanya melengkapkan kehadiran Syawal tetapi dapat memupuk kasih-sayang dan mengeratkan silaturrahim antara kita, insya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?