Catatan 28 Ramadhan 1430H ~ Syukur & Terima Kasih.

Oleh isma daud

Peperiksaan Percubaan PMR(2) selesai sudah. Sekolah mula bercuti menjelangnya Syawal yang akan disambut tidak lama lagi. Akhirnya Ramadhan Al-Mubarak ini beresok-esok meninggalkan kita. Sedihnya rasa hati. Bulan rahmat dan berkat ini sudah mahu melabuhkan diri. Terasa begitu pantas masa berlalu. Hampir sebulan sudah kita -umat Islam- berpuasa.

Bagi warga KPM mereka ada hadiah istimewa. Dapat Cuti Awal. Dapat balik kampung awal... Dapat menyediakan diri untuk sambut Syawal... Terima Kasih Menterinya... Kira Bonoslah tu..

Namun; sebagai anak perantau. Ianya sama saja. tahun ini sekali lagi meneruskan lagi tradisi beraya ditempat orang. Bagi kami yang sudah berkeluarga dan beranak ramai; kos pengangkutan bukan sedikit untuk balik ke kampung... Namun semua bagaikan alah bisa kerana biasa.

Ingatan kepada keluarga di kampung tidak pernah pudar khususnya di saat menyambut hari lebaran ini. Cuma sekalung doa buat ibu yang sudah tua, keluarga mertua, adik-beradik dan sanak saudara. Kalian semua sentiasa dalam ingatan dan doa perantau ini. Insya Allah suatu masa kita akan dapat bersama-sama menyambut hari raya pada masa yang mendatang, insya Allah.

Majlis berbuka Puasa dan solat hajat serta qiam Ramadhan telah selamat dilangsungkan dengan jayanya. Semuanya adalah hasil daripada semangat kerjasama dan kesungguhan setiap warga Muslim SMK Rosli Dhoby. Tahniah Dan Syukur!!!

Sambutan Ibubapa dan Pelajar sungguh memberangsangkan kepada majlis kali ini. Hampir 60 safrah disediakan dan itu tidak mencukupi. Syukurlah pihak caterer telah menyediakan alternatif dan membuat jangkaan awal sehingga dapat menampung kehadiran ibubapa dan pelajar yang datang di saat-saat akhir. Kehadiran para jemputan juga memberangsangkan; mereka adalah penderma-penderma kepada pembinaan baik-pulih anjung surau yang memungkinkan sambutan kali ini ada ruang dan sedikit lega bila solat berjamaah. Tidaklah berasak-asak dalam ruang solat saja. Penyediaan moreh pun teratur dengan ada ruang anjung ini.

Pada tahun lalu kita menyediakan sebanyak 75 safrah. Pada saya kehadiran ibubapa pada kali ini hampir menyamai majlis tahun lepas.

 
Lokasi Berbuka Puasa (Utama): Dewan Sri Perkasa
Lokasi Berbuka Puasa : Ruang Sri Ilmu
Walau apapun; saya selaku pengerusi Surau an-Nadwah dan semua JK surau & Sambutan; mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan majlis ini. Semoga akan terus ada sumbangan lagi kepada surau An-Nadwah agar terus dapat memakmurkan surau ini dengan aktiviti-aktiviti yang akan mengangkat syiar Islam di bumi Sibu ini.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?