Beberapa Keping Gambar Yang Menunjukkan Suasana Jerebu Di Sekitar Sibu

Oleh isma daud

Ahad (9/8) : Keadaan cuaca dan kualiti udara di Sarawak mutakhir ini amat kurang membanggakan. Jerebu di sini-sana. Rimas. Kualiti kesihatan juga terjejas. Orang ramai kurang keluar untuk sengaja bersiar-siar kecuali atas urusan penting.

Sekitar jam 2:30 petang saya sempat berhenti ditepi2 jalan meninjau suasana jalan yang agak lengan... masa ni dalam perjalanan untuk menyampaikan satu kuliah tafsir dekat Sibu ni...

Sikap manusia mengabaikan kesihatan umum ni boleh kita fikirkan hati budinya... yang melakukan pembakaran secara terbuka; di sana-sini orang bakar sampah, bakar hutan, bakar semak, bakar kawasan tanah gambut untuk pertanian... sehingga jerebu melanda, kesihatan kita semua terjejas sama.

Di sini saya kepilkan (gambar) bandar Sibu dari pandangan atas tanpa jerebu. Bangunan Parkson yang menjadi mercu tanda bandar Sibu begitu jelas kelihatan.

Namun sejak dua tiga hari ni berada dijarak dekat pun sukar untuk melihat dengan penglihatan yang terang jelas. Semuanya berkabus oleh asap dan bau badan pun bau asap. Malah di kawasan rumah juga dipenuhi dengan habuk dan debu yang dibawa oleh angin dalam udara.

Harapan saya agar sikap masyarakat dalam menjaga alam sekitar lebih baik pada masa akan datang agar kehidupan kita semua boleh berjalan dengan selesa dan harmoni. Kesihatan kita juga akan lebih baik dan sihat.

Pemandangan Bandar Sibu Dari pandangan Atas.

Sungguh mengharukan hati kita ; bukan sahaja cuaca tidak sihat malah dalam masa yang sama, penyakit berjangkit yang merbahaya seperti selsema babi juga sedang merebak di sana sini sehingga membimbangkan semua orang. Semua ini adalah peringatan Allah SWT kepada kita agar segera beringat bahawa segala kerosakan ini adalah hasil kerja tangan-tangan manusia bukan takdir semata-mata... beringatlah.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?