Sejarah Dan Reputasi Lepas Tidak Menjamin Kejayaan Mendatang

Oleh isma daud


Membaca komenter peminat bola sepak di akhbar, facebook dan mendengar perantara TV mengulas pasukan ternama dalam dunia sepak kalah satu persatu di dalam kancah Bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan seperti Portugal, England, Brasil, Itali, Francis dan malam tadi Argentina; membuatkan saya terfikir bahawa jika sekadar berbekal dengan reputasi, nama-nama besar dan kehebatan silam tidak menjamin kejayaan pada masa akan datang.

Sejarah tidak dapat merubah apa-apa, yang mampu berubah ialah orang yang belajar daripada sejarah itu untuk berjaya. Berbangga dengan kegemilangan dan reputasi silam hanya membangkitkan rasa puas hati,  sombong dan memandang mudah atau rendah kepada pihak lain, tidak berusaha dengan lebih kreatif dan kritis kepada diri sendiri atau pasukan kita, dan pada masa yang sama akan menarik rasa cemburu dan orang rasa bangga pihak lawan untuk mengalahkan kita menyebabkan kita hilang tumpuan dan tidak berkesempatan untuk memburu kejayaan dan matlamat kita sebenar.

Hanya mereka yang tidak banyak berbuat silap, tidak mudah mengalah dan berputus asa, sentiasa belajar dan menghormati orang lain akan terus berjaya dan akan berjaya. Nilai-nilai tambah seperti sanggup bekerjasama, bergerak pantas dan gigih mencari peluang dan bijak mengguna kesempatan akan menjadi faktor keutuhan dan kekuatan. Sungguh banyak iktibar dan pengajaran kepada kita jika kita benar-benar berfikir kepada kalah menangnya terhadap pasukan yang bertanding dalam acara terbesar arena bola sepak yang datang empat tahun sekali ini.

Apa yang menarik dunia hari ini tidak boleh bergantung kepada nama besar dan peranan individu kerana hari ini sesuatu itu berbentuk sejagat. Maknanya jika kita mahu berjaya kita perlu pemikiran yang sama atau ramai yang sama dalam pasukan. Jika semua orang memikirkan reputasi dan kehebatannya, maka sukarlah kita mahu berjaya.

Semacam kelmarin saya mendengar rungutan seorang sahabat akan dunia perniagaannya dalam MLM, bukan sahaja memikirkan persaingan dengan pihak lain, dalam sama kumpulan pun masih ada yang berhasad dengki..... ada yang mahu naik dan mahu pula orang lain jatuh. Bukankah dalam sistem MLM tu perlu kerjasama dan bantu membantu... Bantu orang lain semacam bantu diri sendiri untuk naik....

Berbalik kepada jatuh bangun pasukan bola sepak tadi, lebih malang lagi seperti kita rakyat Malaysia yang hanya bersedih dan bergembira dengan kegagalan dan kejayaan orang lain. Pelbagai reaksi seperti mencemuh dan berbangga pun ada. Apa yang malang kita sesama sendiri pula saling berbalah-balahan dan bercacian.

Dalam perkembangan pelbagai isu tahun ini, banyak insiden kita lihat orang-orang hebat jatuh dan terhumban... Dunia mula berubah, kuasa baru akan muncul dalam pelbagai sudut kehidupan. Masa ini orang kecil sesuai membuat percaturan dan perancangan. Masa sesuai untuk mereka membuat keputusan. Orang besar dan hebat jatuh, orang kecil pula mengambil giliran. Fikir-fikirkanlah. Semoga ada nilai pengajaran....Firman allah SWT; "Hari-hari itu Kami tukarkan silih berganti di kalangan umat manusia", wajar kita ambil pengiktibaran dan peringatan.

"Bila Ada Di atas, Jangan Memandang Rendah Kepada Orang Di Bawah". Ibarat berada di dalam sebuah kapal dua tingkat, yang di atas jangan lupa orang di bawah, dalam riuh rendah berseronok, boleh jadi kapal akan tenggelam kerana orang bawah sedang membuat lubang dan sudah bersedia dengan pelampung untuk berenang di lautan".

Nota Gambar  Atas : Wajah sedih Jurulatih Argentina, Diego Maradona  setelah Argentina kalah teruk dengan Jerman, keputusan 4-0 malam tadi diperingkat suku akhir Piala Dunia 2010 cukup menceritakan segalanya.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?