Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Sunday, July 25, 2010

Kaitan Di Antara Air Kencing , Tanaman Sayur Dan Telor Masin

Oleh isma daud

Beberapa orang memberitahu saya untuk menyuburkan sayur-sayuran kena siram dengan air kencing yang diperam. Sejak berpindah ke rumah sewa baru, isteri saya ada mengusahakan beberapa tanaman sayur di belakang rumah. Jiran saya pun minat berkebun. Jadi isteri saya tumpang minat itu. Sambil berkebun, sambil membina semangat kejiranan walaupun berbeza agama, bangsa dan bahasa. Mereka semua mudah mesra.

Dalam pada bercucuk tanam, jiran saya selalu mengumpulkan sesuatu dalam bekas di belakang rumah... Tapi kami tidak pernah bertanya kepada mereka tentang hal itu walaupun sesekali bekas itu dibuka, ada satu bau semacam masuk ke dalam rumah kami. Kami menghormati mereka dan bersabar saja. Sehingga kami balik bercuti ke Terengganu, tanaman di belakang rumah terbiar dan kekurangan baja. Jadi apabila kami datang ke mari, jiran saya menceritakan rahsia mereka menyuburkan tanaman sayuran mereka menggunakan air kencing yang diperam.

Kami pun diberitahu oleh beberapa rakan berbangsa cina tentang hal yang sama juga.

Dan sebab itulah, saya selalu lihat jiran saya menyiram sayurnya dengan sesuatu dari tempayangnya dan bau busuk mula masuk ke dalam kediaman saya. Pada saat itu bau busuk memenuhi ruang udara sampai masuk ke dalam rumah... Jiran kami juga mengesyorkan agar kami juga boleh mencubanya kerana kami ada anak ramai, kumpulkan air kencing dalam tempayan atau bekas untuk kegunaan baja kepada sayur. Sayur jadi subur.

Telor Masin


Semalam, ketika saya ada ramai tetamu tetiba masuk kedalam rumah satu bau, bau air kencing yang diperam. Nyata jiran saya menyiram tanamannya dengan air kencing yang disiram. Bau itu masuk ke dalam rumah. Nasib baik ramai kenalan yang datang sudah beransur pulang. sudah siap makan-minum mereka semua. Bau itu sungguh mengganggu ketenteraman rakan-rakan yang masih ada.

Di sinilah seorang rakan bercerita, cerita seorang yang sudah masuk Islam tentang kisah bapanya selalu menakungkan air kencing mereka adik-beradik ke dalam tempayan untuk diperam. Kemudiannya air kencing itu dibuat sebagai alat untuk memeramkan telur masin. Sebab itu telur masin mereka jadi sungguh enak berbanding telur masin yang lain. Dia menambah sebab itu masinnya tidak sama dengan garam biasa.

Mendengar cerita ini; menjadikan saya ragu apakah semua pengusaha bukan Islam menggunakan kaedah ini memeram telur masin di luar sana? Ada rasa semacam saja selepas mendengar cerita ini????? Wallahu A'lam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails