Kursus Azan Di Surau Darul Firdaus, Jalan Apollo, Sibu

Oleh isma daud

Alhamdulillah hari ini satu lagi kursus untuk warga SMK Rosli Dhoby dapat dilaksanakan. Kali ini kursus dilakukan secara bersama dengan SK Abang Ali, Sibu. Pelajar yang terpilih ialah pelajar-pelajar Muslim yang cemerlang dari segi akedemik dan kurikulum di sekolah. Lebih kurang 30 pelajar dan 15 kakitangan terlibat dalam kursus kali ini. Kursus ini adalah untuk memantapkan skill dan kemahiran pelajar Muslim dalam hal yang berkaitan azan. Kursus Azan ini jarang sekali dilaksanakan tetapi ianya cukup berfaedah kepada para pelajar dan warga Muslim yang mahukan syiar Islam ini dapat diperkukuh dan diperkembangkan dalam mengharungi cabaran dunia hari ini.

Orang biasanya kursus nak jadi artis popular. Di sekolah pun ramai yang mahu jadi penyanyi. Setelah satu hari menjalani kursus ini ternyata bukan mudah mahu menjadi Muazzin yang baik.

Syukurlah kursus sehari seperti ini dapat mengukuhkan kefahaman pelajar dan memahirkan mereka dalam skil azan yang betul dengan merai hal-hal syarat, sunat, makruh dan lafaz azan apabila dilaungkan. Bila setiap peserta diuji; tidak semudah yang dijangkakan. Ramai yang berpeluh dan berbagai ragam azan dapat di dengar apabila di kumandangkan.

Nyatanya; bukan senang mahu jadi Muazzin yang baik. Kursus kali ini dipimpin oleh Ustaz Hasbullah Bin Sabli; bekas Qari Negeri Sarawak . Dengan bimbingan ustaz, ternyata banyak pelajaran yang dapat ditimba oleh peserta kursus dan pemerhati yang hadir. Semoga selepas ini; akan muncul Muazzin yang berkalibar dan mampu menaikkan syiar Islam di Bumi sibu ini.


Program bermula jam 7 pagi. Pendaftaran peserta dilakukan oleh ketua Program; Tuan Hj Hanzah Bin Beeran dimana pelajar di bawa dari sekolah ke Surau Darul Firdaus oleh guru-guru Muslim.

Setelah sarapan pagi satu kuliah disampaikan oleh Ustaz Faizal mengenai sejarah Azan dan Iqamah serta hal-hal yang berkaitan dengannya.

Kemudiannya Kursus ini dipimpin pula oleh Ustaz Hasbullah mengenai parktikal azan. Setiap peserta dimestikan melaungkan azan masing-masing dan dibetulkan mana-mana kesalahan pada masa itu juga.

Berikut adalah gambar-gambar menarik Kursus azan yang berlangsung hari ini.


Ceramah Azan Dan Iqamah


Peserta Warga SMK Rosli Dhoby, Sibu.


Gabungan Peserta SMK Rosli Dhoby Dan SK Abang Ali, Sibu


Pemerhati  Dari JK Surau Al-Firdaus, Sibu.

 
Ustaz Hasbullah Memerhatikan Isi Kandungan Kursus Sebelum Menyampaikan Amali Azan Dan Iqamah

 
Amali Azan Dilakukan... Tiru Macam Saya


Tekun Mengikut Ajaran Guru

 
Letak Jari Dan Tangan Di Telinga Sebegini...

 
Muazzin Contoh


Saya Pun Bersuara Lunak

 
Kecil-kecil Cili Padi... Suara Mersik Bak Buluh Perindu


 Bergambar Kenang di Penghujung Kursus

Kursus Azan kali ini dirasmikan penutupannya Oleh Ustaz Mohd Isa bin Mat Daud  (isma daud) ; Pengerusi Surau An-Nadwah, Sibu.

Semoga kursus kali ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?