Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Wednesday, October 14, 2009

Apa Nak Di Kato...

Oleh isma daud

Assalamu 'Alaikum buat semua dan Salam Sejahtera!!!

Sebelum buka bicara, saya nak ucap TAHNIAH buat sahabat saya Cikgu Shafizan yang baru saja menimang cahaya mata pertama. Semoga kehadiran orang baru ni akan mengeratkan lagi kasih-sayang suami isteri dan keluarga, insya Allah.

Selepas raya, komputer pun turut raya. Meragam pasal masalah memory. Kena hantar kedai kerana tidak pandai baiki sendiri. Kerana tidak pandai baiki, jahil benar tentang ilmu komputer ni, yang tahu guna saja. Rugi sungguh kalau kita jahil dalam sesuatu ilmu. Yalah kita tidak tahu dalam semua perkara. Maka beruntunglah mereka yang tahu serba sedikit dalam semua perkara.



Mengingatkan masa di UIAM dulu sekitar tahun 1998/99, Encik Zainurinlah yang ajar saya guna komputer ni, bukan main takut lagi saya nak jamah komputer dekat lab computer UIAM, Gombak. Encik Zainurin entah bertugas di mana agaknya sekarang ini? Saya ni jenis takut nak guna harta benda orang lain. Tapi atas bimbingan beliau pandailah juga guna komputer ni serba sedikit. Yang lain tu cuba belajar sendiri bila dah beli komputer sendiri sekitar tahun 2002 dulu.

Bila kena hantar ke kedai baiki komputer ni, maka lambat sikitlah tindakkannya tu. Bertangguh-tangguh pasal banyak lagi kerja lain yang lebih penting. Jadi hari ni (13/9) baru ada kesempatan masa. Bila hantar tu , tidak berapa lama lah juga dibaikinya oleh mereka yang pandai. Elok2 saja boleh buka. Yang saya ni berminggu-minggu duduk tengok je komputer tu tak berfungsi. Apa nak di kato, moga dah jahil tu, jahillah hasilnya.


Terima kasihlah kepada En Tony sebab tolong saya hari ni. Percuma saja.

Dalam tempoh saya tidak menulis ni, ramai juga rakan-rakan yang telefon bertanya khabar pasal blog saya yang tidak dikemas kini. Ada yang bertanya tentang kesihatan saya. Manalah tahu sakit ke selepas makan banyak sangat sewaktu musim raya ni... Rasa syukur sangat kerana ada kawan-kawan yang ingat kepada kita, ambil tahu pasal kita. Syukurlah!!!

Bila laptop pun turut rosak, macam dah jatuh ditimpa tangga pula. Langsung sukar untuk buat kerja. Blog saya ni terbengkalai begitu saja. Begitulah kita sebagai insan yang lemah, terima saja lah segala yang berlaku. Semuanya suratan Ilahi. Dalam pada tu nak siapkan pelaporan PBS (pentaksiran Berasaskan Sekolah) bagi subjek Pendidikan Islam, bagai serabuk kepala saya memikirkannya. Terpaksalah beberapa malam ke rumah Ustaz Mohammad Abdullah guna komputer dan talian internet dekat rumahnya.  Pelaporan dah siap tapi bila laptop tu rosak , tidak sempat nak emelkan kepada Pentaksir Negeri. Maka semua data kena kumpul dan buat semula. Memakan masa lah juga nak siapkannya. Lama jugalah berada di rumah Ustaz Mohammad. Siap makan-makan sekali. Terima Kasih Ustaz dan keluarga.

Buat tatapan keluarga dan rakan-rakan yang jauh di mata tu, saya sertakan di sini gambar sekeluarga di hari raya tempohari. Serba Biru Muda tahun ni. Insya Allah ada beberapa bahan yang mahu saya kongsikan selepas ini. Tapi biarlah bicara santai ini dulu sebagai pemanas badan setelah beberapa hari tidak menulis di sini... Jumpa Lagi. Wassalam!!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails