Benarkah Laporan Majalah MASTIKA Ini?

Komentar isma daud
  1. Cerita begini kadangkala lebih bertujuan melakukan sesebuah majalah. 
  2. Setahu saya orang Melayu cukup sensitif pasal b*b*ni. sebut perkataannya pun sudah geli.
  3. Saya belum baca majalah ini. mungkin "pelayar kehidupan" dah baca. tetapi jika benar laporan sebegitu, adalah satu tragedi yang sungguh menyayat hati kepada umat Islam apatah lagi ianya berlaku kepada guru muslim.
  4. Orang Islam sekarang semakin terhakis jati diri sebagai muslim. sudah tidak segan silu lagi melakukan maksiat. apa saja yang maksiat orang melayu telah menjadi juaranya. lihatlah dalam pelbagai isu yang menjadi "kanser" dalam masyarakat kita hari ini.
  5. Saya juga merayu agar guru yang terlibat ini bertaubat kepada Allah SWT dengan meninggalkan tabiat buruk itu. Takutlah kepada Allah SWT yang telah mengharamkan makanan dan minuman tertentu kepada umat islam. Terlalu jahil sangatkah kita tentang agama kita sendiri sehingga "halal dan haram" tidak dipedulikan lagi?
  6. Laporan sebegini menimbulkan tanggapan negatif kepada guru umumnya dan orang Sarawak itu sendiri khasnya. Seolah-olah Sarawak ini terlalu miskin sehingga sukar untuk mendapatkan makanan yang halal lagi baik. Ini menimbulkan fobia kepada orang Semenanjung  lain yang mahu datang bertugas ke Sarawak kerana tanggapan buruk itu sudah ada dalam pemikiran orang Semenanjung.
  7. Harap pihak-pihak tertentu mengambil tindakan membetulkan keadaan ini.
Klik Tajuk Untuk Ke Blog asal; Pelayar Kehidupan

Guru Islam melayu makan b*b* di Kapit, Sarawak

Mastika keluaran Bulan Ogos

Saya serba salah juga untuk mengulas perkara ini, namun atas dasar peringatan dan makluman kepada rakan-rakan, perlu juga saya sampaikan perkara ini. Sejak akhir-akhir ini guru - guru luar yang diimport ke Sarawak sering membawa masalah kepada sektor pendidikan. Yang terbaru ialah guru Islam makan b*b* di Kapit. Kapit ialah sebuah penempatan yang tidak dapat menghubungkan jalan darat antara bahagian lain. Kena melalui jalan sungai untuk beberapa jam. Setakat 5 tahun saya tinggal disini, belum ada kesempatan berkunjung ke Kapit.

Saya terkejut juga apabila membaca Mastika keluaran Ogos yang menyebut sebagaimana tajuk di atas. Teruk sangat ke kawasan itu atau susah sangat nak cari makanan halal. Kalau ikut cerita cikgu tu, ayam atau daging sangat mahal. Hanya b*b* aja yang murah. Kata kwn saya sekilo RM10.

Malu saya pada cikgu tu. Begini ke akhlak seorang guru yang diharap menjadi pembimbing dan pendidik kepada masyarakat. Bukan hanya diletakkan tugas ini kepada para ustaz sahaja. Sebagai orang Islam kita sedia maklum, Allah telah mengharamkan khinzir dan seluruh keturunannya. Takkan cikgu tu tak tau. Dah sampai mudharat sangat ker, kalau tak makan b*b* boleh mati ke?

Kita mengharapkan cikgu itu balik ke pangkal jalan, ingat dan bertaubat, Allah ada di mana-mana, sedikit pun tidak akan terlepas dari pemerhatian Allah. Kepada pembaca semua, untuk membaca lebih terperinci lagi cerita tersebut, boleh membaca Mastika keluaran Ogos 2009.

" Terus ISTIQAMAH mendokong ISLAM "

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?