Tarbiyah Satu Bulan Ramadhan Untuk 11 Bulan Mendatang

Oleh isma daud

Catatan Peribadi 3 Ramadhan


Hari ini sudah masuk hari ke 3 berpuasa pada tahun ini. Syukur kerana anak-anak turut sama gigih berpuasa. Kalau dulu bila nak puasa, mereka mesti letak syarat itu dan ini. Tapi tahun ini nampaknya mereka dah faham sedikit akan matlamat berpuasa. Anak saya yang berusia 6 tahun pun nampaknya kuat untuk berpuasa dan sabar menahan godaan-godaan daripada adiknya yang berusia 3 tahun tu. Apa tidaknya yang seorang ni nak makan tu depan kakak-kakak saja.

Dua malam pertama saya berkumpul bersama keluarga saja, solat berjamaah di rumah. Bukan apa batuk yang menyerang tu agak mengganggu tumpuan beribadat. Takut nanti bila berada di khalayak jamaah nanti mengganggu orang lain untuk solat dengan khusyuk pula. Lagi pula dalam suasana penyakit cepat merebak ni kalau kurang sihat elok berada di rumah sahaja.

Tarbiyah Satu Bulan Ramadhan Untuk 11 Bulan Mendatang

Malam tadi baru berkesempatan menunaikan solat berjamaah di masjid untuk Ramadhan kali ini. Itupun masih ada sikit-sikit batuk. Syukur kerana dapat memulakan solat berjamaah di masjid buat malam pertama. Rasa terharu juga tengok ahli jamaah yang datang solat sehingga memenuhi ruangan solat. Semoga suasana begini akan berterusan sampai akhir Ramadhan dan kalau boleh bukan setakat bulan Ramadhan saja bahkan mana-mana bulan saja. Senario ni berulang dan akan terus berulang. Macam seorang kawan saya cakap;
"Bulan ni "spesis kawan tu" kena tambat lalu kita cari kawan-kawan baru dekat masjid atau surau tapi bila habis bulan ramadhan nanti "spesis kawan tu" tu akan bebas semula maka kita akan mula lupa kawan-kawan masjid lalu kita akan bersama dengan kawan tu pula untuk 11 bulan lagi. Itu agaknya bila berakhir Ramadhan masjid dan surau kembali lengang dan tinggal ahli jamaah yang biasa-biasa memakmurkan masjid dan surau itu".
Memang betul dan ada kewajaran pandangan dan pendapat sahabat saya ni.

Namun apakah wajar senario ini terus menerus berlaku seakan-akan tarbiyah ramadhan tidak mampu mendidik jiwa kita untuk terus tunduk kepada Allah SWT. Semoga ada ruh dan jiwa baru selepas Ramadhan tahun ini.

Makmurkah Majlis Ilmu Dan Masjid Selepas Ramadhan?

Adalah tidak pelik bila saya dengar mana2 ceramah dan kuliah; para penceramah ini menyindir di mana2 saja akan perihal yang sama. Kelas agama tidak ramai yang hadir. Bila Bulan Ramadhan entah datang dari mana manusianya sehingga penuh surau dan masjid. Orang mula berduyun-duyun datang masjid. Namun biasanya 10 hari pertama bulan Ramadhan saja le... lepas tu akan kembali kepada senario biasa saja.

Tapi buat kali ini; harapan saya agar kelas-kelas agama dan kuliah akan terus makmur. Semoga orang akan terus suka mencari ilmu. Orang akan terus ghairah untuk datang ke masjid.

Selagi kita tidak membangunkan majlis ilmu selagi itu hati kita akan terus mati. "Kematian hati" ini akan menjatuhkan diri kita dalam kebinasaan. Ini telah diperingatkan oleh Rasulullah SAW bahawa jangan kamu menjadi orang yang kelima nanti kamu akan binasa iaitu orang yang tidak mahu menjadi orang yang berilmu samada belajar, mendengar dan minat serta menghormati orang yang berilmu.

Ramai orang lupa persoalan mencari ilmu dan menambah ilmu di masjid atau surau. Ramai berpendapat ilmu tidak lagi hanya boleh diperolehi melalui kaedah tradisi ini. Ilmu boleh didapati melalui internet dan bacaan-bacaan lain. Memang benar tetapi ilmu itu mesti diperolehi melalui disiplinnya yang tersendiri supaya itu terus bersambung dan mendapat keberkatan Allah SWT. Sesuatu ilmu yang tidak melalui "guru" atau kaedah "talaqi" sebenarnya terputus dan tidak mendapat rahmat Allah SWT. Sebab itu orang yang tidak berguru dalam mendapat ilmu maka gurunya adalah syaitan. Ini kerana ilmu itu tidak dapat melahirkan rasa yakin dalam diri dan timbul kekeliruan dan keraguan dalam diri penuntutnya dan kalau disebarkan akan menimbulkan kekeliruan yang banyak dalam masyarakat.

Sebab itu tidak hairan hari ini ramai yang memberi pendapat dan pandangan mengikut pemahaman sendiri dan pandangan itu semacam tidak mendapat hidayah Allah SWT sehingga timbul perbagai isu dan permasalahan dalam masyarakat. Yang lebih buruk timbulnya perpecahan dalam masyarakatt itu sendiri.

Ilmu mendidik kita untuk hampir dan taqwa kepada Allah

Ilmu yang diperolehi sepatutnya menjadikan kita orang yang beriman dan dekat dengan Allah SWT. Tapi malang ramai orang dapat ilmu mereka menjadi orang yang tidak mendapat hidayah dengan ilmunya. Ramai yang menjadikan ilmu untuk memenuhi kepentingan diri dan keperluan duniawi semata-mata dan mula berbangga diri dan memberi pendapat mengikut pandangan sendiri. Langsung tidak mengaitkan diri dengan sifat taqwa kepada Allah SWT. Maka ilmu itu bukannya mendekatkan pemiliknya itu kepada Allah SWT bahkan memasukkan dia dalam kelompok orang yang mendapat kebinasaan yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. Maka berhati-hatilah.

Semoga Ramadhan kali ini mampu mendidik diri kita menjadi insan bertaqwa. Sekurang-kurang nya kita bertolak dari titik menuntut ilmu khususnya ilmu-ilmu agama yang menjadi asas fardhua ain dalam kehidupan seharian kita. Mudah-mudahan!!!

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?