Didiklah Nafsu Untuk Bertaqwa Di Bulan Ramadhan Ini (2) - Curi Dan Ragut.

Oleh isma daud

(SIBU)
- Di sebelah petang tadi saya menyuarakan melalui laman blog saya ini bagaimana kegiatan mencuri kasut dan selipar ada berlaku di kala orang Islam sedang menunaikan ibadat solat berjamaah bagi menghidupkan bulan Ramadhan yang mulia ini. Ini satu tragedi kepada mereka yang tidak tahu membina iman dan taqwa dalam jiwa mereka. Di saat orang lain bertungkus lumus mencari keredhaan Allah SWT, ada sebahagian manusia sudah mewakili "kelompok syaitan manusia" biarpun syaitan sebenar telah dibelenggu oleh Allah SWT.


(KUALA TERENGGANU)
- Ini berita yang baru saya terima (jam 10 pm, 27/8) daripada ibu mentua saya menceritakan adik ipar perempuan saya diragut sewaktu tengah menunggang motosikal dekat Bazar Ramadhan Kampung Laut, Terengganu. Adik ipar saya yang baru balik dari tempat kerjanya singgah untuk membeli juadah berbuka puasa dan mula bertolak balik kerumah tiba-tiba datang sebuah motosikal dari belakang meragut beg dalam raga motosikalnya. Masa tu orang tengah ramai dan jalan pun sesak. Dalam keadaan itu peragut tadi sempat meragut dan orang ramai yang melihat tidak memberi pertolongan pun. Lihat saja apa yang berlaku biarpun adik ipar saya menjerit minta tolong. Akhirnya peragut berjaya meloloskan diri dengan motosikalnya. Adik ipar saya yang panik dengan kejadian itu tidak sempat mengecam nombor plat motosikal lelaki tersebut.

Peragut tadi berjaya meragut semua barang dalam beg itu termasuk juadah yang dibeli. Dalam beg itu ada beg kecil perempuan. Adik ipar saya kehilangan segala dokumen diri seperti kad pengenalan,lesen memandu, kad-kad bank, handphone dan wang tunai sejumlah rm90. Adik ipar saya pulang kerumah dalam keadaan trauma dan menangis..

Satu laporan polis telah dibuat di balai polis daerah situ selepas maghrib tadi.

Satu tragedi di bulan Ramadhan yang sungguh menyayat hati saya. Betapa keringnya iman dan taqwa dalam jiwa umat Islam ini (peragut dan pencuri) sehingga bulan ini tidak mampu mendidik jiwa dan nafsunya sedikit pun. Memang benarlah kenyataan bahawa nafsu itu sungguh buas dan sukar dijinakkan sama sekali. Biar apa pun yang berlaku di sekitarnya tidak memberi sedikit bekas pun kepada jiwa mereka untuk merasa insaf terhadap kesusahan dan penderitan orang lain.

Yang saya kesal sikap masyarakat yang tidak perihatin dengan persekitaran, tidak mahu ambil peduli masalah orang lain yang menambahkan rasa berani penjenayah untuk membuat jenayah secara terbuka dan dikhalayak ramai sebegitu. Sungguh masyarakat kita telah diamuk perasaan keakuan yang tinggi. Ini iktibar kepada diri kita semua betapa pentingnya kita hidup bermasyarakat dan saling mempedulikan hal-hal yang berlaku di sekeliling kita.

Ini mengingatkan saya kepada kes kecurian di siang hari baru-baru ini di rumah seorang guru yang sedang bekerja di mana jirannya menyangka bahawa cikgu tadi mahu pindah rumah. Begitu senang pencuri mencuri tanpa rasa takut dan bersalah lagi.

Ya Allah, berilah hidayahmu dan tunjukkanlah jalan terbaik kepada peragut dan pencuri atau mana-mana penjenayah ini agar mendatangkan insaf ke dalam diri mereka.

Ya Allah, Engkau hidupkanlah jiwa-jiwa hambaMu yang telah mati dek kerana rakus mengejar duniawi sehingga mereka lupa akan kehidupan mereka selepas itu yang lebih kekal dan abadi...

Sungguhlah manusia itu tidak akan sedar sehingga mulut mereka sendiri mencium tanah...

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?