Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Thursday, August 27, 2009

Didiklah Nafsu Untuk Bertaqwa Di Bulan Ramadhan Ini

Oleh isma daud

Ruh Ramadhan yang mengajak kita supaya mendidik nafsu kita masih tidak dapat mendidik sebahagian kecil jiwa umat Islam. Beberapa ahli jamaah masjid yang utama juga di daerah Sibu ini merungut bagaimana banyak kasut dan selipar para jamaah yang datang menunaikan solat berjamaah di masjid tersebut hilang dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Betapa tandusnya jiwa mereka ini sehingga begitu tamak dan tidak bermaruah langsung, sanggup mencemar kemuliaan bulan Ramadhan ini dengan aktiviti yang tidak beramanah dan tidak bermoral seperti itu.

Pesan seorang mereka kepada saya; "tolong ustaz sampaikan dalam khutbah ustaz nanti tentang sikap buruk mereka yang suka mencuri kasut atau selipar ahli jamaah masjid".

Oleh kerana saya tidak lagi berautoriti untuk menyampaikan khutbah, saya sampaikan pesanan ahli jamaah itu di blog ini . Saya harap pihak berkenaan jika ada terbaca di blog saya ini; dapat mengambil beberapa langkah kawalan dan keselamatan bagi harta benda para jamaah yang datang menunaikan solat berjamaah di masjid ini sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak ini khususnya.

Saya yakin mereka faham masjid mana yang saya sifatkan ini.

Saya berpendapat langkah yang diambil sebuah masjid tidak jauh daripada masjid yang saya maksudkan ini, menubuhkan pasukan kawalan lalu-lintas, membantu penempatan kenderaan para jamaah termasuk kawalan kepada para remaja yang datang memenuhi kawasan masjid patut dicontohi. Saya pun nampak ahli jamaah yang datang ke masjid ini, sangat berterima kasih kepada petugas-petugas yang terdiri daripada anak-anak muda ini. Peranan mereka banyak membantu ketenteraman masjid kerana kanak-kanak dan remaja yang datang kelihatan berdisiplin sewaktu berada di masjid.

Saya menyeru kepada umat Islam agar menjadikan bulan Ramadhan ini untuk kita sama-sama mendidik jiwa kita untuk beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Janganlah dengan tindakan segelintir yang nakal dan tidak bertanggungjawab ini akan mengganggu tumpuan umat Islam untuk khusyuk beribadah dan pada masa yang sama akan memberi gambaran buruk kepada umat Islam itu sendiri.

No comments:

Related Posts with Thumbnails