Bila Sahabat Terima Arahan Berpindah...

Oleh isma daud

Masjid An-Nadwah belum siap sepenuhnya pembinaannya. Tapi rakan-rakan yang kuat berusaha sudah ada yang terima surat arahan berpindah. Sedangkan tenaga dan buah fikiran mereka masih saya perlukan. Pembangunan An-Nadwah selama ini atas semangat kerja gotong-royong. Bila ada seorang dua yang berpindah terasa kekosongannya. Berat rasanya memikirkan akan hal ini.


Setelah Cikgu Ruzila berpindah ke Perak, kini seorang lagi staf dalam proses dipindahkan. Sudah dapat arahan perpindahan pun tapi saya belum bersedia menerima hakikatnya. Masih berdoa agar ada keajaiban dan berdoa agar ada pertimbangannya. Cikgu Ruzila dan sahabat saya ini antara tenaga penting yang kuat membantu. Bukan saja kerja membangunkan masjid, kerja-kerja keceriaan sekolah juga amat memerlukan tenaga seumpamanya...



Ya Allah Berikan kami pembantu-pembantu yang dapat mempermudahkan kami meneruskan misi ini. Semuanya adalah untuk meninggikan syiar agamaMu.

Kepada sahabat-sahabatku, aku sentiasa berdoa akan kebaikanmu dan menghargaimu... Kalau aku dapat putarkan waktu dan taqdir, tidak aku mengharapkannya.... Kepada kalian; "Terima Kasih!!!".

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?