Nota Terakhir Seorang Ayah

Oleh isma daud

catatan :

Wajar kisah ini dibaca oleh mereka yang mahu menilai sejauh mana kemajuan dan kemewahan yang ada di bumi Malaysia ini benar-benar sampai dan dinikmati oleh setiap warganya. Hati saya tersentuh membaca kisah sedih sebuah kehidupan seorang lelaki yang bertarung dengan kemiskinan dan kekecewaan untuk terus hidup dicelah-celah kemewahan sang penguasa di negara tercinta ini yang akhirnya nekad menamatkan hidupnya dengan membunuh diri dengan sekeping nota, beberapa ringgit duit dan catatan sejumlah hutang, RM160.

Apa patut difikirkan oleh mereka yang sedang melabur besar dengan janji harta dan pembangunan di Sibu sekarang ini menjelang PRK Sibu, 16 Mei nanti?

~ dua malam lepas, semasa hadir di sebuah surau saya dengar kisah menteri luluskan rm100K, menteri ni luluskan rm500K, sekolah ni dapat  rm1juta.... betul ke angka2 ni menjelang PRK Sibu 16 Mei nanti. dan banyak lg peruntukkan sedang dijanji dan diluluskan...

~ malam tadi saya dengar satu pihak memohon rm500K untuk pintu gerbang...." nilah masa kita nak minta ". Saya terfikir banyak mana agaknya pelaburan yang terpaksa ditanggung oleh sang penguasa untuk menguasai hati pengundi di sini....

Kalaulah lelaki tadi diberi RM160 kepadanya, boleh jadi dia mati tidak meninggalkan hutang, tapi RM160 itu telah di bawa ke Sibu bagi menyempurnakan misi penguasa untuk menang PRK Sibu nanti....

Fikir-fikirkan lah !!!

Sebagai renungan bersama, bacalah kisah sedih lelaki ini yang tiada PRK di kawasannya:

Tinggal nota sebelum tusuk dada
 myMetro
2010/05/06


KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki sempat meninggalkan sekeping nota berbunyi ‘ayah minta maaf kerana terpaksa ambil jalan singkat bagi menyelesaikan masalah’ sebelum menusuk dadanya dengan sebilah pisau lipat, malam kelmarin.

Nota terakhir itu ditemui sepasukan anggota polis di sisi mayat Khairuddin Wazir Khan, 41, yang dipercayai membunuh diri selepas menghadapi tekanan perasaan ketika bersendirian di dalam bilik tidur rakannya di Blok Cempaka B, Flet Sri Kolam di sini.

Mangsa yang menumpang bilik rakannya di flet berkenaan kira-kira hampir dua bulan lalu mengalami tekanan perasaan akibat masalah rumah tangganya dan terpaksa berpisah sementara dengan isterinya.

Mayat Khairuddin ditemui rakan serumahnya dikenali sebagai Zamri, 36, dalam keadaan terlentang di bilik tidurnya ketika membuka pintu selepas pulang bekerja, kira-kira jam 11.30 malam.

Zamri berkata, ketika memasuki rumah, dia mendapati pintu bilik tidurnya tidak tertutup rapat dan menolak pintu berkenaan untuk bertanya khabar kerana sudah biasa berbuat demikian setiap kali pulang kerja.

Sementara itu, jurucakap polis Kuala Terengganu ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber lain menyebut : Berita Harian Online
~  Lelaki mati tinggal nota untuk isteri


Akibat tidak dapat menahan tekanan berikutan hidup dalam kemiskinan dan kehilangan pekerjaan mendorong seorang lelaki berusia 41 tahun mengambil keputusan drastik untuk menamatkan riwayat hidup sendiri.

Dengan hanya beberapa ringgit dalam kocek seluar serta sekeping nota yang ditinggalkan untuk isteri dan anak berusia lima bulan, Khairudin Wazir Khan ditemui terbaring berlumuran darah di tilam oleh rakan sebiliknya di Flet Sri Kolam di sini, kira-kira jam 12.15 pagi semalam dengan kesan tikaman di dada dipercayai menggunakan sebilah pisau lipat.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsudin, berkata setakat ini polis menolak kaitan jenayah dengan kematian itu tetapi siasatan diteruskan.

Khairudin dipercayai meninggalkan keluarganya di Setiu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan hingga dua bulan lalu apabila dia diberhentikan kerja.

Rakan sebiliknya yang tidak mahu dikenali berkata, Khairudin berkahwin semula dengan isterinya lebih setahun lalu selepas mereka berpisah selama 10 tahun.

Bagaimanapun, selepas kehilangan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan, dia masih gagal mendapat kerja baru walaupun sudah puas mencari kerja di daerah ini.

Seorang jiran, Alias Muhammad, 43, berkata beberapa jam sebelum itu, Khairudin menceritakan kisah sedih kehidupannya kepada beberapa penduduk flet itu di gerai makan berhampiran.

Katanya, Khairudin memberitahu mereka dia sudah berhutang sebanyak RM160 dan masih terhutang wang sewa rumah.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?