Kenangan Mengusik Rasa

Oleh isma daud

Malam ini keras pula mata, jam di dinding sudah menunjukkan pukul 1:30 pagi. Sebentar tadi sudah nyenyak terlena. Bila bangun waktu pagi begini rasa sepi benar-benar mencengkam jiwa. Waktu sesuai bertahajjud menghadap yang maha esa. Tapi datang kecenderungan untuk meninta di blog hamba ini. Insya Allah seusai luahan rasa, meneguk sedikit suasana sunyi ini untuk mengadu pada Ilahi.

Sebelah petang tadi sempat ke Jabatan Pendaftaran Negara, Sibu untuk buat MYKAD anak sulung saya yang baru saja genap usianya 12 tahun. Sudah besar anakku. Nanti akan menduduki UPSR pula tahun ini. Doaku siang dan malam agar anakku beroleh kejayaan dalam pelajarannya. Yang lebih penting dia nanti menjadi anak yang solehah dan menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain.

Selesai saja urusan di JPN, Sibu terus ke kedai baiki komputer, CPU rosak pula. Ape citanya pun entahlah.... seminggu kata tuan kedai... "nanti kamek call bila siap".

Selepas itu ke Pasar Sibu pula. Almaklumlah bekalan dalam peti ais tu dah habis semuanya....

Keletihan siang tadi menyebabkan malam ini aku terlena awal. Selepas ajar anak-anak dengan pelajaran al-Quran, rasa mengantuk pula. Sejak malam tadi macam tu. Dua malam tak ke masjid surau. Berjamaah bersama keluarga sahaja. Badan rasa lenguh, lesu seluruh sendi tulang, sudah lumur minyak panas seluruh badan, penat sampai kefikiran. Dalam enak diurut mata layu terlena keasyikan. Sejak balik dari Kabong, terus ada kejohanan sukan sekolah. Dalam pada itu kuliah dan ceramah berterusan sampai suara pun dah jadi garau benar bunyinya. Suara pun dah demam. Hanya dua malam ni rehat dari "berceramah dan berkuliah". Semoga Allah SWT mempermudahkan, insya Allah SWT.

Anak dan isteri sudah lama di buai oleh lena yang panjang. Entah apa rezeki malam ini, terjumpa gambar kenangan lama di paparan sahabat lama; Ustaz Harun Mamat. Aduh terkenang masa belajar di Jordan dulu. Tapi gambarku hanya satu je le... memang gambarku payah untuk dijumpai kecuali terselit dicelah gambar rakan-rakan.


Apa yang amat saya terkenangkan ialah syawarma (gambar atas), makan roti arab dengan ayam atau kibdah (hati), selalu jadi sarapan pagi, tengahari ataupun malam bagi alas perut dari kelaparan dalam kesibukan mengejar ilmu di tempat orang. Semuanya tinggal kenangan.

Mungkin ini satu gambar yang ada dalam simpanan Ustaz Harun Mamat. Izinkan saya memaparkannya di sini. Semoga jadi kenangan abadi......

Berlatarkan Laut Mati

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?