Perasan Murung Dan Lupa ; Kerana Sibukkah atau Penyakit???

Oleh isma daud


Tekanan dalaman yang ada dalam diri menjadikan diri ini kurang berkeyakinan dan bersemangat lagi. Setiap-satu datang ujian mengganggu jiwa dan perasaan. Terasa jauh dari ketenangan. Apa saja yang hendak dilakukan dibayangi rasa kemalasan yang amat sangat. Sungguh saya cuba tapi cepat pula datang kejemuan...

Masalah? Masalah yang mungkin orang kata masalah ciptaan sendiri. Kegagalan mengurus diri sendiri. Pengurusan diri yang lemah.

Dalam pada itu, datang masalah lain sejak dua tiga minggu ini.... Kenapa akhir-akhir ini terlalu kerap lupa. Lupa itu dan lupa ini? Hilang fokus dan perhatian. Ambil satu barang , letak satu tempat kemudian lupa. Hilang barang yang berharga dan tidak berharga. Hilang kunci, jam tangan , kad ATM dan macam-macam lagi. Janji pun boleh lupa. Semalam boleh lupa anak yang saya tumpangkan di rumah sahabat kerana selepas solat Jumat, ada beberapa urusan sehingga sudah balik separuh jalan baru teringat anak tertinggal di rumah kawan. Kena pusing balik ambil anak....

Satu hal, bila lupa kad ATM tu timbul masalah kewangan pula. Duit ada, tapi tak boleh nak berbelanja. Tunai tidak ada...hu..hu... Silap saya juga, tidak terus masukkan dalam dompet selepas keluarkan wang sebelum balik ke Terengganu hari tu. Lepas tu saya letak di mana entah, tidak jumpa lagi mencarinya sampai kini.... entah letak di mana ni????

Ni cuti hujung minggu pula... kena tunggu hari kerja la ke bank. Apa nak jadi da... Saya yakin ada di satu-satu tempat, tapi saya lupa..

Masa balik Terengganu boleh lupa buku bank dan kad ATM... bukan main susah lagi tiada tunai di tangan... nasib baiklah ada tawaran kuliah dan ceramah dapat bantu sikit-sikit bebanan perbelanjaan. Kalau tidak, dapat bayangkan masalah yang terpaksa saya hadapi ketika berada di kampung.

Bila dah datang sini, hilang macam-macam lagi. Bila terlepas dari tangan saja terus lupa. Ballpen kena beli setiap hari. sudah beli saja, belum sempat pakai kekadang sudah hilang... akhir sekali jam tangan yang cukup saya sayang, juga hilang kerena tertinggal di bilik wudhuk masjid. Lepas ini apa lagi agaknya. Bukan saya sengaja tetapi entah cepat sekali lupa. Tidak dapat saya nak fikirkan lagai. Yang lupa tu perkara-perkara tertentu saja. Tidak semua. Benda-benda kecil yang boleh di angkat letak, di sarung dan di pegang.

Apakah masalah lupa ini ada kaitan dengan penglihatan yang kabur?

Mata pula kurang nampak khusus pandangan dekat, sukar sekali mahu memeriksa kertas soalan pelajar dan buku kerja pelajar. Tulisan kecil lagilah susah untuk saya membacanya. Cepat rasa nak marah dan tidak dapat memeriksa kertas soalan pelajar seperti biasa.

Sebulan yang lalu tukar sekali lagi kaca mata... tapi belum memuaskan juga. Pandangan jauh ok. masalah dengan pandangan dekat.

Dua tiga hari ni pula buang air besar berdarah pula. Dua hari lepas agak teruk sebab kena cirik-birik. Rasa sedih ada, takut pun ada. Tapi hairannya orang lain serumah tidak pula kena.... cobaan hidup, begitulah. Sejak semalam darah keluar hanya sewaktu buang besar saja tidak macam hari kena cirik-birik tu.... Dalam pada itu saya memang susah nak makan ubat. Kena begini pun tak ada ubat saya makan. Panadol jauh sekalilah. Saya jenis suka lawan... tak mengaku kalah. Buat macam tidak sakit je...

Terfikir juga apakah ini tanda perubahan usia yang tidak berapa lama lagi akan masuk usia 40 tahun? Kesihatan mula tertanggu.... Emosi pun terganggu.

Kepada anak dan isteri serta rakan-rakan harap dapat fahami diri ini.... jika ada kesilapan saya, maafkan saya. Beritahulah saya kerana saya perlu bantuan. Kalau saya lupa bukan kerana saya sengaja... Masalah saya juga tidak suka mendapatkan rawatan... berat benar hati ini nak kata diri ni ada masalah ke...itulah masalahnya.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?