Majlis Kesyukuran Dan Aqiqah Warga Muslim SMK Rosli Dhoby
Oleh isma daud
Pada hari Sabtu, 18 Jun bertempat di Masjid An-Nadwah satu majlis kesyukuran dan Aqiqah berjaya diadakan. Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan baik dan lancar atas sokongan semua yang terlibat.
Majlis dimulakan dengan penyembelihan dua ekor kambing dan melapahnya , kerja gotong-royong memasak dan diikuti dengan doa selamat serta jamuan makan tengahari.
Chef SMK Rosli Dhoby yang tidak asing lagi pastinya Puan Rosidah Ahmad telah menyediakan masakan kari daging kambing dan lembu. Juga masakan ayam masak merah sementara guru-guru dan pelajar lain turut membantu menyediakan bahan-bahan yang lain dan tempat jamuan di Dewan Sri Perkasa. Pihak dapur asrama pula menyumbangkan nasi putih dan minuman.
Selain masak kari dan ayam masak merah, daging kambing juga di bakar sebahagiannya. Memenuhi selera sahabat-sahabat yang mahukan sedikit kelainan. Memang berselera sekali mereka menikmati daging kambing yang jarang-jarang mereka temuinya.
Majlis bermula dari jam 7:00 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dan hadir memeriahkan majlis ini. Tanpa anda semua, tiada seri dan tidak beertilah majlis ini.
Syukur kehadrat Allah swt kerana semuanya berjalan dengan baik. Walaupun saya tidak mampu menyebut nama anda satu persatu, sesungguhnya Allah SWT Maha Tahu dan Dialah yang dapat membalasnya dengan sebaik2 balasan.
Gambar-gambar adalah ehsan daripada FB Cikgu Azam Ariff .

Comments