Bukan Senang Untuk Berkumpul Bersama, Belawai Menghimpun Rahmat
Oleh isma daud
Sengaja saya rakamkan gambar ini dalam blog ini. Sekeping gambar boleh mencerita segalanya, sekeping gambar juga menjadi sesuatu yang amat beerti suatu hari nanti. Kerana ia akan jadi kenangan buat selamanya.
Walaupun lama kenal dan berkhidmat di Sibu ini sehingga ada yang mencecah 11 tahun atau lebih, jarang kami dapat bersama kerana sentiasa sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Cuti sempena hari Gawai tahun ini, kami dari lapan keluarga ustaz dan ustazah di Sibu melepaskan lelah dan penat bekerja dengan berkonvoi ke Belawai. Masing-masing kami berasal dari "Kelantan" dan Terengganu yang disifatkan oleh Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Sarawak sebagai "guru agama pantai timur semenanjung" yang membawa anasir negatif di Sarawak.
Sebenarnya rasa rindu kepada pemandangan laut dan pantai yang menggamit rasa ingin datang kami ke Belawai ini. Lagipun jalan yang menghubungkan Sibu dan Belawai sudah siap. Sejauh 116km jalan yang dihubungkan oleh lebih 20 jambatan merentasi sungai yang luas, memudahkan perjalanan yang ada. Itulah nikmat pembangunan yang diadakan oleh pemerintah yang ada sekarang. Satu projek jalanraya yang dibangga-banggakan oleh rakyat Sarawak sekarang. Namun jalanraya yang baru siap itu sudah ada yang rosak dan perlu kepada tar yang berlapis lagi.
Berbalik kepada rehlah kali ini, anak-anaklah yang begitu seronok bermain pantai dan air laut. Walaupun banyak makanan dan minuman yang tersedia, mereka lebih tertarik bermain air laut dan pasir di pantai. Terpaksalah kaum bapa mengawal anak-anak sementara para ibu menyiapkan juadah dan makan pagi dan tengahari. Ada yang pening-pening; mana tidaknya turun dari kereta terus meluru dan terjun ke dalam laut. Berkejarlah para bapa memanggil anak masing-masing.
Rehlah ini bertujuan melepaskan penat bekerja sambil memupuk perasaan kasih sayang sesama ahli keluarga.
Sungguh bukan senang untuk berkumpul. Dengan perancangan yang tidak seberapa, rehlah kali ini berjaya. Dalam melayan anak-anak bermain air laut dan aktiviti pantai, sempat kami berbincang persoalan kemasyarakatan bersifat setempat, kerjaya dan keluarga.
Walaupun ramai sudah ada perancangan sendiri; ada yang mahu ke Kuching, Dalat dan destinasi lain sempat juga meluangkan masa untuk bersama dalam rehlah ini. Biasanya bila ada cuti begini, ramai yang ambil peluang balik kampung di Semenanjung, sementara yang tinggal pula sudah ada perencanaan sendiri destinasi percutian mereka.
Alhamdulillah, atas nikmat dan kurniaNya, kami dapat meluangkan masa bersama....

Bergambar kenangan di hadapan Masjid Rejang, Belawai |

Comments