Seminar PNB Di Hotel Paramount, Sibu.
Oleh isma daud
Pada 14 Mei warga SMK Rosli Dhoby Dan SM Vokasional Sibu; dua sekolah berjiran berkumpul di Hotel Paramount, Sibu menghadiri LDP Seminar Pelaburan PNB 360 Hari bagi mendidik warga agar sentiasa sediakan payong sebelum hujan. Dalam seminar ini mereka diberi kesedaran tentang kepentingan mengurus aliran tunai, pelan perlindungan seperti insuran dan takaful, pelaburan, persediaan hari tua dan bersara dan khairat kematian.
Para peserta LDP kali ini didedahkan asas-asas pelaburan dan kaedah-kaedah yang betul sebelum membuat pelaburan baik jangka pendek dan jangka panjang agar mereka tidak rasa tertipu dan ditipu oleh ejen pelaburan yang banyak diluar sana.
Bijak Menyimpan
Seseorang yang ingin membuat pelaburan mesti mempunyai pelan pengurusan kewangan yang baik seperti mengambil kira aliran tunai. Bijaksana dalam mengurus aliran tunai dan membeli sesuatu barangan mengikut kemampuan dan mampu menyimpan adalah langkah awal yang perlu diambil sebelum membuat pelaburan.
Ramai orang mengalami perbelanjaan depisit kerana berbelanja lebih daripada keperluan dan menanggung bebanan hutang khususnya kad kredit dan sebagainya. Tambahan pula, jika seseorang yang ingin membuat pelaburan jangka pendek mereka terdedah dengan untung-rugi dalam sesuatu pelaburan. Itu risiko biasa dalam membuat pelaburan. Jika kita mahu melakukan pelaburan jangka panjang, simpanan yang berterusan adalah lebih menguntungkan.
Jadi peserta LDP telah didedahkan agar mereka membuat semakan dan penjadualan semula cara mereka berbelanja dan mengurus aliran tunai mereka setiap bulan dan membuang sesuatu perbelanjaan yang tidak perlu. Mereka didedahkan dengan jadual berbelanja secara berhemah dan pada masa yang sama mesti berusaha menyelesaikan seberapa cepat hutang yang ada atau membuat penjadualan semula pembayaran hutang tersebut agar mereka sentiasa ada lebihan wang setiap bulan.
Komentar daripada Ustaz Rosli Dhoby;
Untuk mendapat keberkatan, kesuburan dan kesucian pada pendapatan agar sentiasa rasa berkecukupan hendaklah diurus hal-hal berikut; sumber pendapatan yang halal, dibelanjakan wang pada perkara yang baik, membersihkan wang dengan berzakat dan bersedekah, membayar hutang dan memberi khidmat bakti kepada masyarakat.
Semoga LDP kali ini memberi faedah kepada semua.
Catatan ; gambar-gambar oleh Azam Arif.
Berita Lewat.
Suasana sewaktu majlis perasmian oleh YB Anuar |
Kehadiran membanggakan; kelihatan tuan Pengetua SM Vakasional dan SM Rosli Dhoby |
Para peserta LDP kali ini didedahkan asas-asas pelaburan dan kaedah-kaedah yang betul sebelum membuat pelaburan baik jangka pendek dan jangka panjang agar mereka tidak rasa tertipu dan ditipu oleh ejen pelaburan yang banyak diluar sana.
| ||
Gambar-gambar sekitar seminar dan penyampaian cenderahati sebagai rasa penghargaan |

Comments