Hanya Seorang ; Dialah Imam, Dialah Bilal
Oleh isma daud
Dua malam lepas, saya dan beberapa orang kawan (ustaz-ustaz) menghadiri satu majlis keraian sahabat kami di satu kawasan perumahan dalam Bahagian Sibu. Setibanya kami di situ sudah melewati maghrib. Jadi kami singgah untuk solat maghrib di surau sebelum ke majlis tersebut. Boleh dikatakan surau ini terletak di kawasan perumahan orang Islam.
Dari luar surau, kami dapat mendengar wirid yang sedang dibacakan oleh jamaah yang hadir. Pada perkiraan kami memang ada jamaah dalam surau tersebut. Namun bila kami melangkah masuk ke dalam surau batu yang indah itu, kami dapati hanya seorang sahaja yang kami fikirkan adanya jamaah tadi. Rupanya dialah imam, dialah bilal dan dialah makmum.
Apakah senario seperti ini mewakili surau-surau di perumahan kawasan lain? Mungkin penghuni perumahan ini belum ramai yang pencen dari perkhidmatan kerajaan atau swasta. Biasa kita dengar keluhan orang ramai, bila sudah pencen atau bersara, baru berkira mahu ke surau atau masjid. Mungkin penghuni perumahan kawasan ini termasuk dalam kategori mereka yang menunggu hari sesudah pencen baru ada seru mahu ke masjid dan surau. Begitulah nasib surau dan masjid zaman akhir ini. Bangunannya indah tapi tidak dimakmurkan oleh mereka yang ada di sekelilingnya.
Bila tiada kemudahan surau atau masjid bising mahukan masjid atau surau. Bila sudah ada dibiarkannya sepi tanpa aktiviti yang mengangkat syiar sebuah surau dan masjid. Dalam sebuah hadis nabi saw, baginda menyifatkan bahawa apabila ada tiga orang dalam satu masa di suatu tempat, hendaklah didirikan jamaah, jika tidak mereka dikuasai oleh syaitan. Apakah ramai di kalangan umat Islam hari ini telah dikuasai iblis dan syaitan? Syeikh Daud Al-Fatani dalam kitabnya "Bughyatut Tullaab" menyatakan solat berjamaah itu fardhu kifayah di masjid atau surau dalam satu-satu tempat. Maknanya jika tidak didirikan maka berdosalah seluruh penghuni kawasan itu.
Mungkin berita yang disiarkan oleh satu akhbar ini boleh kita renung bersama.
Ada benarnya apa yang dilaporkan itu. Ramai yang asyik berpolitik sehingga amanah dan tanggungjawab terabai. Cakap lain buat lain. Kena ada keikhlasan dalam kata bicara baru orang ramai yakin dan percaya. Harap masyarakat Islam kita merasa malu jika surau dan masjid tempat kediaman mereka lengang dan sepi tanpa jamaah dan aktiviti.
Fikir-fikirkanlah!!!

Comments