Puting Beliung Antara Tentera Allah Yang Hebat
Oleh isma daud
Kesempatan menonton di televisyen akan dahsyatnya puting beliung melanda negeri-negeri di Amerika Syarikat sejak Sabtu lalu amat menginsafkan saya. Saya tahu Amerika Syarikat sebuah negara maju seperti Jepun yang dilanda thunami. Namun apabila tentera Allah SWT membadai manusia di kedua-dua negara itu, tiada siapa yang dapat melawannya. Maha Hebat dan Maha Besarnya Allah SWT dalam menentukan sesuatu kepada makhlukNya. Apabila ia datang tiada siapa mampu menghalangnya. Firman Allah SWT; " Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menyeksa orang-orang yang derhaka) dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." Surah Al-Fath ayat 7.
Air, petir, angin puting beliung, hujan, bah, taufan dan manusia itu sendiri menjadi tentera-tentera Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Surah At-taubah ayat 14; " Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman " .
Allah SWT pernah menghantar angin puting beliung kepada penduduk 'Ad apabila mereka tidak berhenti melakukan kemungkaran dan larangan Allah walaupun diperingatkan oleh Rasul mereka sehingga Allah SWT mendatangkan azab meliputi atas mereka. Firman Allah SWT dalam Surah al-Fusshilat ayat 14-16;
"Mereka ditimpa azab itu) kerana semasa mereka didatangi Rasul-rasul (memberikan berbagai penjelasan) mengenai keadaan hidup mereka di dunia dan di akhirat (sambil melarang mereka): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, mereka menjawab: Jika Tuhan kami hendak (mengutus Rasul-rasul) tentulah Dia akan menurunkan malaikat; oleh itu sesungguhnya kami kufur ingkar akan apa yang (kamu katakan): Kamu diutus membawanya! (14) Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: Siapakah yang lebih kuat dari kami? Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya). (15) Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan dunia dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan pertolongan (menghindarkan azab itu)". (16)
Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan akan (riihun syorsyoran) atau angin yang menggila dan membadai. Ia adalah salah satu daripada tentera Allah SWT untuk menunjukkan kekuasaanNya agar manusia insaf dan selalu kembali kepadaNya. Begitulah Allah SWT ingin mendidik manusia agar mereka tidak merasa sombong dan membangga diri.
Saya rasa terharu membaca berita yang dilaporkan oleh agensi berita betapa mereka yang dilanda musibah ini tidak dapat berbuat apa-apa melainkan rasa kesal dan pasrah kepada suratan takdir mereka. Oleh kerana mereka tidak yakin akan Allah SWT, mereka anggap ini kuasa alam semula jadi yang mereka terpaksa tunduk kepadanya. Semoga Allah SWT memberi petunjukNya kepada manusia agar mereka kembali mengenal Penciptanya.
Bacalah sedikit apa yang ditintakan oleh berita dunia ini;
JACKSON (Mississippi): Sebanyak 243 puting beliung yang melanda sedozen negeri Amerika Syarikat sejak Sabtu lalu, menyebabkan 45 orang maut selain kerugian besar kepada penduduk apabila beratus-ratus rumah rosak atau musnah.
Selain kehilangan hampir semua harta benda, sebilangan mereka kehilangan rumah yang tercabut akibat ditiup angin kencang.
Ketika penduduk memulakan kerja pembersihan dan mencari sisa dari rumah mereka yang boleh digunakan semula, kisah puting beliung mencabut dan menerbangkan pokok seperti kayu besbol, memecah dan menyebabkan rumah tunggang terbalik, kedengaran hampir di mana saja.
Seorang penduduk di Dunn, Carolina Utara, Jonathan Robinson berkata ketika puting beliung mula membadai rumah bergerak miliknya, beliau segera mendukung anak lelaki sepupunya Ayden yang berusia tiga bulan bersembunyi di dalam sebuah peti di bilik tidurnya.
“Malangnya ketika hendak melompat masuk ke dalam peti itu angin puting beliung yang amat kuat memecahkan rumah menyebabkan Ayden terlepas dari pegangan saya dan diterbangkan ke udara,” katanya.
Robinson berkata, selepas puting beliung reda, beliau bersama anggota keluarganya segera menggali runtuhan untuk mencari Ayden. “Saya rasa akan kehilangannya,” kata Robinson selepas bayi itu ditemui.
Penduduk daerah Askewville, Carolina Utara, Justin Dunlow, 23, hanya mampu berdoa, apabila beliau bersama dua anaknya yang masih kecil dihempap dinding rumah bergerak mereka yang runtuh.
“Saya boleh bina semula rumah saya, tetapi saya tidak dapat ganti dua anak jika kehilangan mereka. Saya bersyukur kerana kami selamat,” katanya.
Audrey McKoy yang tinggal dekat Bladen County sedang berehat apabila puting beliung membadai rumah mereka.
“Ia kelihatan seperti dalam filem The Wizard of Oz,” katanya.
Mereka yang bersembunyi di bilik air sempat mendengar bunyi pokok tumbang dan rumah lain ditiup angin. Sebaik keluar untuk melihat kemusnahan, rumah mereka juga sudah terbalik.
Puting beliung membadai wilayah Deep South termasuk Alabama, Georgia, Louisiana, Mississippi dan Carolina Selatan sebelum bergerak menuju ke Carolina Utara hingga ke Virginia sebelum menuju ke laut.
Akhbar Wall Street Journal melaporkan, puting beliung kuat yang melanda Carolina Utara petang kelmarin, menyebabkan sekurang-kurangnya 22 orang maut.
Pegawai pengurusan kecemasan melaporkan puting beliung memusnahkan 60 buah rumah dan merosakkan lebih 400 yang lain. Gabenor Bev Perdue mengisytiharkan perintah darurat berikutan kejadian itu. – AP/Agensi
-BH Online

Gambar : puting beliung melalui daerah Colerain, Carolina Utara kelmarin diambil oleh seorang penduduk, Richard Burkett. |

Comments