Juruterbang Helikopter Yang terhempas di Sibu Meninggal Dunia
Oleh isma daud
Juruterbang Kapten Sahimi Razali, yang cedera parah setelah helikopter yang dipandunya terhempas tengah hari tadi, meninggal dunia pada 8.30 malam Isnin di Hospital Sibu.
Begitulah kesudahan setiap insan. Apabila sampai saat dan ketikanya maut datang menjemput tuannya untuk kembali kepada penciptanya. Kepada yang menaiki helikopter tersebut dan terselamat sudah tentu beristighfar panjang kerana terlepas daripada jemputan maut.
Sepertimana kata seorang kawan, kalau tidak, ada lagi PRK buat Parlimen Pagoh. Syukurlah ahli parlimennya tidak terbabit dalam peristiwa yang menduga hati dan rasa kerana terselamat daripada terlibat dalam kemalangan itu.
Kapten Sahimi, 38 tahun, cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu di sini pada pukul 1.50 tengah hari setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pelajaran Hafiz Abdul Halim.
Al-Fatihah dan doa ke atas roh allahyarham. Mudah-mudahan Allah SWT menempatkan rohnya bersama orang-orang yang soleh. Kepada keluarga allahyarham , saya ucapkan takziah. Semoga tabah menerima dugaan Allah ini.

Petang tadi, saya sempat singgah ke tempat kejadian sewaktu ambil anak dari tadikanya. |

Comments