Hakim Sepanduk Silap Membuat Penilaian; "Butakah Hakim?"
Oleh isma daud
Keputusan hakim adalah muktamad. Itulah hakikat yang perlu diterima dalam sesuatu pertandingan termasuk pertandingan sepanduk. Namun keputusan hakim sebagai manusia biasa seringkali dipertikaikan apatah lagi terlalu nyata ketidakwajaran dan ketidakadilannya. Sudah tentu dalam setiap kehakiman termasuk sepanduk ini sudah ada skima kehakiman yang telah dibincangkan dan telah disepakati mengenainya.
Saya tidak bertujuan menyakiti mana-mana pihak yang terlibat tetapi sikap tidak profesional itu boleh menzalimi pihak lain dan menimbulkan rasa ketidakpuasan hati dan kekecewaan kepada pihak yang bertanding. Bagi "saya dan ramai orang" tertanya-tanya; "Kenapa keputusan hakim dalam mengumumkan "juara" dalam edisi Maulidur Rasul tahun ini ada yang boleh dipertikaikan dan sangat memalukan para hakim yang terlibat?"
Kesilapan mereka ini telah memberi palitan malu kepada jamaah hakim yang lain yang telah menjadi bahan jenaka pihak lain yang memberikan kenyataan lucu dan persendaan yang terpaksa ditelan kepahitannya bersama. Ada yang bertanya; "Hakim yang menilai sepanduk itu butakah?"
Di mana butanya hakim yang menilai itu? "Butakah Hakim Sepanduk Itu???"
Contoh Satu;
"Sepanduk Re-Cycle"
2010 ini wajahnya;
2011; ini wajahnya....
Contoh Dua;
Tema; tema diputuskan dalam mesyuarat kehakiman bahawa ianya diletakkan dibahagian atas atau tengah yang bila dilihat ianya jelas kelihatan mengangkat tema yang ditentukan oleh pihak penganjur. Bila orang melihat sesuatu sepanduk perkara pertama orang lihat dimana temanya???
Ini contoh sepanduk yang tidak akur dengan skima kehakiman. Tapi telah dinobatkan sebagai juara. Sebab itu orang bertanya; "Butakah Hakim Sepanduk Itu?". Hakim Tema, apakah yang telah mereka lakukan?
Contoh Tiga;
Tema itu dinilai bukan sahaja ada tema tetapi garapan tema itu ada seninya dan ada sentuhan kreativiti tangan. Dalam keputusan hakim memberi juara kepada sepanduk ini adalah sangat memalukan, tulisan jawi yang menyatakan temapun dieja dengan salah, salah pada penggunaan kaedah jawi. Perhatikan dimana kedudukan tema dan ketepatan ejaan pada sepanduk ini;
Bila dilihat kepada sepanduk ini jelas sekali hakim silap buat penilaian, sepatutnya sepanduk ini telah dikategorikan "sepanduk kurang akur dengan skima kehakiman". Tidak akur dengan tepat dengan keputusan perbincangan muktamad yang diputuskan dalam mesyuarat hakim yang telah diadakan terlebih dahulu. Jika tidak mahu melaksanakan skima yang dibuat tidak payah menyusahkan diri berbahas membuat peraturan dan skima kehakiman. "Hentam Sajalah Labu!!!"
Faktur Lain;
Grafik Dan Senibina yang mengangkatkan tema; Tema: "1Malaysia 1Ummah". Dimanakah garapan secara jelas telah memberi makna jelas dalam sepanduk di atas kepada tema sehingga tema yang ditentukan telah diangkat dengan sewajarnya? Mana letak kehalusan kerja tangan terhadap tulisannya???
Ketepatan Dan Ketelitian; Perhatikan reka bentuk bendera Sarawak dalam sepanduk ini...
Saya paparkan penilaian sewajar dan sepatutnya dalam contoh sepanduk;
Contoh Empat :
Perhatikan kepada ketepatan kepada sepanduk;
Bagaimana sepatutnya hakim menilai sepanduk yang asli, yang melihat kepada ketekunan sepanduk itu dibina. Sebab itu saya sifatkan; "Butakah mata hakim sepanduk itu???".
Tidakkah semua sedar bahawa ketidaktelitian hakim sepanduk telah menafikan keadilan kepada sepanduk yang direka dengan sentuhan tangan yang kaya dengan kreativiti dan sarat dengan kajian sebelum ianya direka dan dibentuk dipapan sepanduk???
Bukannya orang buta, ramai masih dapat menilai dengan baik dan waras. Bukan orang tidak boleh terima kekalahan tetapi biarlah kalah dengan bermaruah.
Contoh Sepanduk Yang Baik;
Ini beberapa contoh sepanduk yang baik. Banyak Lagi Contoh Lain.
Pada saya pengumuman juara sepanduk tahun ini pada peringkat Sekolah Menengah adalah kesilapan penilaian para hakim dalam kategori itu. Semua ini saya berpendapat ramai pihak yang bersetuju. Ianya pada hemat saya sahaja, boleh jadi pihak berkenaan ada jawapan sebaliknya. Bukannya orang tidak boleh terima hakikat kalah menang dalam pertandingan tetapi biarlah pihak yang bertanding rasa puas hati dengan keadilan dan ketelitian hakim yang diamanahkan.
Kepada pihak-pihak yang terlibat, ini yang anda dapat; "Rumah Telah Siap, Pahat Masih Berbunyi." Sekurang-kurang sehingga beberapa tahun yang mendatang. Renung-renungkanlah!!!

Saya paparkan silap penilaian dalam contoh sepanduk;
Contoh Satu;
"Sepanduk Re-Cycle"
2010 ini wajahnya;
2010 - Kubah Hijau |
2011 - Kubah Biru, kasihan hakim sepanduk, semua kena tipu... |
Contoh Dua;
Tema; tema diputuskan dalam mesyuarat kehakiman bahawa ianya diletakkan dibahagian atas atau tengah yang bila dilihat ianya jelas kelihatan mengangkat tema yang ditentukan oleh pihak penganjur. Bila orang melihat sesuatu sepanduk perkara pertama orang lihat dimana temanya???
Ini contoh sepanduk yang tidak akur dengan skima kehakiman. Tapi telah dinobatkan sebagai juara. Sebab itu orang bertanya; "Butakah Hakim Sepanduk Itu?". Hakim Tema, apakah yang telah mereka lakukan?
Contoh Tiga;
Tema itu dinilai bukan sahaja ada tema tetapi garapan tema itu ada seninya dan ada sentuhan kreativiti tangan. Dalam keputusan hakim memberi juara kepada sepanduk ini adalah sangat memalukan, tulisan jawi yang menyatakan temapun dieja dengan salah, salah pada penggunaan kaedah jawi. Perhatikan dimana kedudukan tema dan ketepatan ejaan pada sepanduk ini;
Banyak kesilapan yang tidak akur kepada skima pemarkahan sepanduk |
Bila dilihat kepada sepanduk ini jelas sekali hakim silap buat penilaian, sepatutnya sepanduk ini telah dikategorikan "sepanduk kurang akur dengan skima kehakiman". Tidak akur dengan tepat dengan keputusan perbincangan muktamad yang diputuskan dalam mesyuarat hakim yang telah diadakan terlebih dahulu. Jika tidak mahu melaksanakan skima yang dibuat tidak payah menyusahkan diri berbahas membuat peraturan dan skima kehakiman. "Hentam Sajalah Labu!!!"
Faktur Lain;
Grafik Dan Senibina yang mengangkatkan tema; Tema: "1Malaysia 1Ummah". Dimanakah garapan secara jelas telah memberi makna jelas dalam sepanduk di atas kepada tema sehingga tema yang ditentukan telah diangkat dengan sewajarnya? Mana letak kehalusan kerja tangan terhadap tulisannya???
Ketepatan Dan Ketelitian; Perhatikan reka bentuk bendera Sarawak dalam sepanduk ini...
Bendera Sarawak Terbalik |
Saya paparkan penilaian sewajar dan sepatutnya dalam contoh sepanduk;
Contoh Empat :
Perhatikan kepada ketepatan kepada sepanduk;
Bagaimana sepatutnya hakim menilai sepanduk yang asli, yang melihat kepada ketekunan sepanduk itu dibina. Sebab itu saya sifatkan; "Butakah mata hakim sepanduk itu???".
Contoh Lima : Sepanduk-Sepanduk Yang Akur Dengan Tema.
Tidakkah semua sedar bahawa ketidaktelitian hakim sepanduk telah menafikan keadilan kepada sepanduk yang direka dengan sentuhan tangan yang kaya dengan kreativiti dan sarat dengan kajian sebelum ianya direka dan dibentuk dipapan sepanduk???
Bukannya orang buta, ramai masih dapat menilai dengan baik dan waras. Bukan orang tidak boleh terima kekalahan tetapi biarlah kalah dengan bermaruah.
Contoh Sepanduk Yang Baik;
Ini beberapa contoh sepanduk yang baik. Banyak Lagi Contoh Lain.
Pada saya pengumuman juara sepanduk tahun ini pada peringkat Sekolah Menengah adalah kesilapan penilaian para hakim dalam kategori itu. Semua ini saya berpendapat ramai pihak yang bersetuju. Ianya pada hemat saya sahaja, boleh jadi pihak berkenaan ada jawapan sebaliknya. Bukannya orang tidak boleh terima hakikat kalah menang dalam pertandingan tetapi biarlah pihak yang bertanding rasa puas hati dengan keadilan dan ketelitian hakim yang diamanahkan.
Kepada pihak-pihak yang terlibat, ini yang anda dapat; "Rumah Telah Siap, Pahat Masih Berbunyi." Sekurang-kurang sehingga beberapa tahun yang mendatang. Renung-renungkanlah!!!
Comments
TAHUN HADAPAN JUMPA LAGI