Gong Xi Fa Cai Di Rumah Tuan Pengetua SMK Rosli Dhoby
Oleh isma daud
Kami sampai di rumah Tuan Pengetua di Jalan Setia, Sibu jam 1:30 petang. Tiada tetamu lain, hanya kami sekeluarga sahaja. Tuan Pengetua menyambut kami dengan mesra begitu juga isteri dan anaknya.
Sebenarnya kami tidak pernah lupa berkunjung ke rumah Tuan Pengetua saban tahun khususnya pada hari yang penuh bermakna bagi orang cina atas rasa persefahaman dan rasa hormat walau kami berbeza bangsa dan agama. Masyarakat Malaysia yang harmoni sentiasa sedar hal ini dan hidup saling menerima dan menghargai satu sama lain. Begitu Tuan Pengetua tidak pernah "miss" hadir bertandang ke rumah kami ketika Sambutan Aidilfitri dan jika ada keraian.
Tuan Pengetua menyediakan masakan melayu Sarawak yang ditempah khusus dengan Puan Nafsi bagi hidangan dan jamuan Tahun Baharu Cina ini agar semua yang hadir dapat makan dan minum makanan yang halal.
Kalau diperhatikan pada hari ini semakin ramai masyarakat Tiong Hua menyedari kepentingan menyediakan makanan halal dan mereka banyak belajar dengan orang Islam melalui sambutan Hari Raya.
Menurut Tuan Pengetua sudah ramai yang datang sebelum kami dan berkemungkinan sebelah petang akan ramai lagi datang memandangkan sebelah pagi beliau sekeluarga pergi ke gereja untuk sembahyang pada hari itu.
Kami bertuah kerana kami satu-satunya yang hadir pada saat itu dan sudah semestinya dapat layanan istimewa kerana tiada yang lain pada saat dan ketika itu. Anak-anak gembira sekali dapat ampow Tahun Baharu Cina.
Namun saya tidak dapat lama berada di rumah tuan Pengetua kerana anak sulung saya kurang sihat dan akan ke Hospital Besar Sibu selepas itu bagi mendapatkan rawatan. Hari ni dia langsung tiada selera makan. Lemah sahaja.
Gambar-Gambar Ziarah Rakan-Rakan Warga SMK Rosli Dhoby
Berikut beberapa keping gambar yang dirakam oleh Puan Normala Abd Samat dalam album FBnya untuk tatapan umum ziarah rakan-rakan lain ke rumah Tuan Pengetua sempena Tahun Baharu Cina.
Dan ini gambar ziarah ke rumah warga SMK Rosli Dhoby lain, rakan-rakan sekerja yang turut menyambut Tahun Baharu Cina
Menurut Tuan Pengetua; "tahun arnab bagus untuk mendapat kejayaan. Tahun arnab disifatkan tahun yang pantas dan mesra. Semoga banyak kejayaan dapat diperolehi pada tahun ini. Bagi yang mahu melakukan sesuatu, mulakan pada tahun ini. Gong Xi Fa Cai!!!"

Comments