Hari Tanpa Beg Plastik - Wawasan 2011
Oleh isma daud
Usaha menjaga alam sekitar patut disokong oleh semua pihak dan usaha memberi kesedaran kepada orang ramai semestinya dilakukan secara berterusan. Kenyataan bahawa kesedaran pengguna terhadap kempen "Tanpa Beg Plastik" telah meningkat kepada 15% berbanding 5% pada tahun 2008.
Di Sibu, pengguna tanpa beg plastik setakat ini hanya pada hari Isnin dan seharusnya pendidikan ini diperkukuhkan lagi dari semasa ke semasa. Di mana pengguna mula membawa bakul sendiri dan mengguna kotak kertas untuk menggantikan beg plastik ini.
Dalam laporan berita TV dan akhbar memperlihatkan kerajaan Pulau Pinang mendahului negeri lain menguatkuasakan peraturan penggunaan beg plastik ini di semua pasar raya besar, pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, rangkaian nasi kandar dan kedai serbaneka (termasuk kiosk stesen minyak). Sekarang ini pengguna tidak akan dibekalkan dengan beg plastik pada tiga hari seminggu iaitu hari Isnin, Selasa dan Rabu.
Dalam pemerhatian saya di dalam hebahan TV dan media massa, menunjukkan pengusaha-pengusaha Pasaraya menyokong usaha menjaga alam sekitar ini di mana pengguna dididik supaya mengurangkan penggunaan beg plastik. Pengguna yang mahu mendapatkan beg plastik terpaksa membayar sebanyak rm0.20 untuk setiap satu beg plastik. Dan duit sebanyak itu bila dikumpul dan dikembalikan kepada kerajaan dapat dimanfaatkan semula untuk memberi kesedaran kepada pengguna atau disumbangkan sebagai wang berkebajikan awam.
Tidak Setuju Jual Beg Plastik
Namun usaha menjual beg plastik ini pada hemat saya tidak patut diteruskan. Kalau peringkat awak ya, sekadar usaha mendidik dilakukan. Namun setelah masuk tahun 2011 ini, rasanya tindakkan menjual beg plastik itu patut dihentikan.
Kalau dilihat kepada sampah sarap di kawasan perumahan boleh dikatakan sebahagian besarnya adalah bahan-bahan yang diperbuat daripada plastik yang kita tahu ianya sukar dilupuskan. Bahkan saliran air yang tersumbat dan aliran sungai, parit juga tersekat disebabkan longgokkan bahan plastik yang dibuang merata-rata tanpa rasa tanggungjawab pengguna.
Kalau difikirkan dari mana datangnya sebahagian banyak plastik-palastik ini, saya dapat membayangkan ianya datang daripada bekalan plastik yang dibekalkan semasa membeli belah barang keperluan rumah di pusat-pusat membeli belah dan kedai2 atau pasar-pasar.
Maka jika beg plastik hanya tidak dibekalkan percuma dan masih boleh dibeli, nanti ramai orang berfikir apalah sangat dengan nilai 20 sen. Akhirnya mereka akan meneruskan tabiat buruk yang sama dan kesedaran yang diusahakan tidak akan ke mana. "Pi Mai Pi Mai, Tang Tu" juga akhirnya.
Pada saya jika kaedah jualan juga mahu dikekalkan, eloklah pihak berkenaan menyediakan beg kertas yang lebih mudah dilupuskan dan dikenakan cas kerana tidak menyediakan bekas sendiri. Lagipun orang tidak kisah kerana duit yang dikutip itu digunakan untuk kebajikan. yna penting niat mendidik masyarakat supaya sedar kesan buruk penggunaan plastik kepada alam sekitar dan kehidupan mereka berhasil dan pada masa yang sama ada alternatif untuk mereka iaitu beg kertas.
Kempen Anti-Plastik (20 Tahun Untuk Reput)
Sebagai pengguna sepatutnya kita sedar bahawa plastik merupakan sampah yang paling banyak terkumpul di tapak-tapak pelupusan sampah dengan kadar 70 peratus berbanding bahan buangan lain. Bukan sahaja ia menyakitkan mata kita apabila melihatkan sisa plastik yang bertaburan dan sukar dilupuskan, bahan itu turut mencemarkan keindahan sungai dan laut yang menjadi nadi utama masyarakat nelayan. Pembuangan plastik ke laut bukan sahaja mengancam pendapatan nelayan, malah hidupan marin seperti penyu dan terumbu karang turut terjejas menerima kesan timbunan plastik tersebut. Perlu kita tahu bahawa kajian yang dibuat mendapati sisa bahan pepejal lain yang mudah terurai hanya dalam beberapa minggu berbanding dengan plastik yang mengambil masa lebih 20 tahun untuk reput.
Saya pernah melihat bagaimana penderitaan lembu peliharaan orang kampung saya yang mengalami penyakit kurus. Apabila disembelih ramai yang terkejut di dalam perutnya penuh dengan plastik yang dipercayai beg plastik yang dibuang merata dengan sisa makanan di dalamnya yang dimakan oleh binatang tersebut. Akhirnya perut lembu itu tidak dapat mengisar makanan dan menderita kerana dipenuhi dengan plastik dalam perutnya.
Sekarang pun cuba kita perhatikan rumah-rumah ditepi sungai yang tiangnya bercerucuk di dalam air, saya dapati orang ramai membuang sampah plastik ini dengan selamba sahaja ke dalam sungai. Apa yang berlaku, sungai kini mula tercemar dengan timbunan beg plastik yang dibawa arus. Nampak mudah tapi cuba bayangkan kesannya kepada alam sekitar kita.
Islam Menjaga Alam Ciptaan Allah
Kempen Hari Tanpa Beg Plastik diharapkan dapat menyedarkan pengguna akan peri pentingnya menjaga alam ciptaan Allah SWT yang cantik dan elok ini. Sudah banyak kerosakkan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia sedangkan mereka mengambil sikap acuh tak acuh, kisah tidak kisah, yang akhirnya sikap mereka itu membawa kesan buruk kepada kehidupan mereka sendiri.
Islam begitu tegas mengajak umatnya supaya tidak mencampakkan diri mereka ke dalam kebinasaan. Bahkan menggalakkan umat Islam mengambil langkah mencegah sebelum berlaku sebarang kerosakkan dan kebinasaan.
Sepatutnya umat Islam sekian lama mempunyai kesedaran seperti ini kerana mereka berpegang kepada ayat-ayat Allah SWT dan tidak sepatutnya mereka merungut tanpa plastik di bekalkan di pasar-pasar nanti. Sudah sampai masanya kita berubah, membawa bakul dan troli sendiri sewaktu datang membeli belah. Bukan bermakna saya menyokong pengusaha yang tidak membekalkan plastik tetapi lihatlah kepada kesan kepada alam dan manusia sendiri yang saban hari bertemu dengan sampah yang tidak mudah dilupuskan ini.
Kesan Bahan Plastik Kepada Kehidupan Manusia
Sebenarnya sudah lama kita diberitahu akan bahaya bekas plastik yang kita gunakan acap kali dan juga penggunaan kertas polisterin yang sepatutnya diguna sekali sahaja. Bahan kimia yang digunakan untuk meningkatkan kualiti plastik dikatakan boleh mengundang penyakit barah yang merupakan pembunuh utama manusia masa kini.
Saya cuba mencari nama bahan kimia tersebut dalam carian google, saya temuinya sebagai ‘vinyl cloride monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah. Manakala penggunaan bekas atau botol plastik ianya diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET). Sebenarnya ia selamat digunakan dalam keadaan biasa, namun memanaskannya boleh mengeluarkan ‘phthalates’. Apa kesan kepada manusia oleh Phthalates ini? Mengikut kajian sainstis ianya disyaki boleh meniru hormon manusia. Walaupun ianya tidak menyebabkan barah, namun ia boleh mengganggu fungsi hormon manusia.
Cegah Sebelum Parah
Langkah pencegahan boleh diambil seperti tidak menggunakan bekas plastik terlalu lama dan menggunakannya berulang kali. Kita perlukan kesedaran untuk mengjaga kesihatan diri kita. Banyak sekali bahan-bahan kimia masuk dalam tubuh kita tanpa kita sedar sehingga kita boleh terkena sesak pernafasan dan paling teruk kita kena serangan penyakit pada ginjal, hati, otak, saraf dan tulang.
1.1.2011
Jadikan azam tahun baru 2011 sebagai satu azam untuk berubah dengan mengamal gaya hidup sihat. Kita sedar hari ini kos rawatan kesihatan sangat tinggi dan kos menanggung kehidupan sangat mendesak sekali. Apa yang perlu kita lakukan elak diri kita daripada jatuh sakit kerana kita yang akan menanggung segala risikonya. Dengan kesedaran menjaga alam sekitar sebenarnya kita telah memberi jaminan kesejahteran hidup kita dan generasi kita yang akan datang. Sesungguhnya banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menjaga kesihatan kita tanpa mengeluarkan kos perbelanjaan yang banyak.
Jadi sempena kehadiran tarikh 1111 (1.1.11) tahun ini kita jadikan seribu satu macam usaha untuk kesejahteraan hidup kita semua. Berusahalah, Dan Allah SWT pasti membantu kita semua. Ingat Allah SWT tidak akan merubah nasib kita melainkan kita merubahnya sendiri.....
Wallahu A'lam....

Comments