Dunia Sudah Terbalik ~ Jahiliyyah Dan Sekularisme DiWajahkan Islam

Oleh isma daud

Keliru sungguh dah manusia sekarang, manusia yang degil terhadap peringatan Allah SWT. Mereka tidak dapat lagi membezakan di antara jahiliyyah dan Islam....

SHAH ALAM: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menegaskan pelakuan seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah hanya dilakukan ketika zaman jahiliah.

Beliau berkata Mursyidul Am PAS itu tiada hak untuk menentukan siapa yang masuk syurga atau neraka, jauh sekali melabelkan mengundi yang memilih parti lain selain PAS sebagai orang jahiliah.

(sumber: mstar online).

Apakah ini rupa Islam pada gambaran beliau?


Kalau ini rupa dan wajah Islam, bagaimana rupa jahiliyyah sebenar?

Saya berdoa kepada Allah SWT agar kita semua diselamatkan daripada tipudaya Syaitan.


Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?