Bermaknanya Kehadiran Ramadhan 1431H Ini
Oleh isma daud
Tepat jam 4:00am, jam di hujung katil berbunyi. Saya mengejutkan keluaga dan isteri bangun memanaskan sahur yang sudah isteri saya siapkan sebelum tidur semalam. Anak lelaki saya yang berusia 4 tahun paling awal bangun. "Sakit mata Adim abah". Semalam dia dah pesan cikgunya di Tadika pesan tidak boleh makan siang hari. "Adim tidak mahu ke sekolah sebab tidak boleh makan" katanya. Saya kata nanti makan sahur banyak-banyak supaya tidak lapar masa dekat sekolah tadika nanti" Adim semangat sekali bangun bersahur. "Dukung",katanya. Saya mengejutkan anak-anak yang lain. Semuanya bangun dengan bersemangat sekali. Semua segera membersihkan diri dan segera berada di meja makan. Ada yang baru berniat puasa dan mengulangi niat puasa yang sudah mereka lafazkan sebelum tidur semalam. Isteri saya sudah siapkan sahur dan saya berkata kepada anak-anak agar makan sahur kerana sahur itu ada barakah.
Malam tadi saya solat Isyak dan berterawih di Masjid An-Nadwah. Hampir seratus orang solat di sini semalam termasuk guru. Saya sendiri yang mengimamkan solat Isyak, Terawih dan Witir. Turut hadir ialah Ustaz Roslan dan Ustaz Adnan. Sempat kami berbincang pasal pengendalian imam solat dan moreh kerana sudah ramai guru-guru yang bertanya hal ini. Setakat ini Ustaz Roslan telah susun jadual imam dan moreh.
Tahun ini dua buah sekolah berjiran solat di sini. Syukur kerana dua buah sekolah berjiran ini sedia bergabung dan bersati hati di sini. Ini adalah satu sejarah dan Ramadhan kali ini penuh bermakna sekali. Lagipun kewujudan masjid ini untuk dua buah sekolah iaitu SMK Rosli Dhoby dan SM Teknik Sibu.
Apapun syukur Ramadhan kali ini dapat menyatukan dua buah sekolah yang berjiran ini yang selalunya melakukan solat terawih di surau masing-masing. Semuanya dengan kehendak atau iradat Allah SWT. Alhamdulillah.

Comments