Rosli Dhoby (1932 - 1950), Pahlawan Sarawak
Oleh Mohd Isa Bin Abdul Razak
pada 02hb Januari 2010 pukul 5.05 pagi
Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu. Sumber lain: Wikipedia.
pada 02hb Januari 2010 pukul 5.05 pagi
Rosli Dhoby berketurunan Melanau*(diperbetulkan sebagai MELAYU pada 21 mac) , lahir pada tahun 1932, di Kampung Pulo, Sibu, Sarawak. Beliau digantung hingga mati pada 2 Mac 1950 di Kuching. Dia diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British.
Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949. Beliau mengaku bersalah apabila ibunya menerima ugutan akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Februari 1950. Turut sama digantung ialah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong. Kematian mereka berempat menyebabkan gerakan penentangan antikolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.
Mereka dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah tembok perkarangan penjara. Pihak British bimbang akan kebangkitan semula gerakan penentangan antikolonial yang tamat secara mendadak selepas kematian mereka berempat.
Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula dengan diberikan pengkebumian negeri di Makam Pahlawan Sarawak, berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu. Ketika itulah, keempat-empat buah keranda yang mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak, sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby.
Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu. Sumber lain: Wikipedia.
Makam Pahlawan Sarawak
Comments
( Rosli Dhoby berketurunan Melanau, lahir pada tahun 1932 ) diperbetulkan sebagai MELAYU bukan MELANAU.
Ya saya akan perbetulkan kepada Encik Mohd Isa Bin Abdul Razak yang merupakan antara beberapa orang yang ada ambil hal tentang sejarah Rosli Dhoby.
Artikel ini adalah sisipan daripada sumber yang diberikan. Saya berpendapat pihak tuan dapat membetulkan maklumat yang ada di pihak yang menyediakan sumber itu.
Insya Allah saya akan menghebahkan di sini. Dan saya sebagai orang luar sangat berterima kasih atas respon daripada pihak tuan sebagai ahli keluarga Rosli Dhoby sendiri.
Dan itu lebih tepat. Terima Kasih.
Ikhlas; Ustaz Mohd Isa Bin Mat Daud
(isma daud @ ustaz rosli dhoby)
Terima kasih Tuan Bolhassan dan Ustaz Mohd Isa. Pautan saya di sini http://www.facebook.com/note.php?saved&&suggest¬e_id=413758070088 sudah di kemas kini. Saya akan cuba memberikan maklum balas kepada pihak Wikipedia.
Wassalam.