Gotong-Royong Surau an-Nadwah 2010 Kali Pertama

Oleh isma daud


Kerja-kerja menambahbaikan surau An-Nadwah di bahagian dalam telah dimulakan. Sebagai kerja-kerja sinambungan kepada pembinaan anjung tahun lepas, kini diusahakan bahagian mihrab dan mimbar pula.

Walaupun kemampuan kewangan terbatas, setiap sen yang disumbangkan oleh insan yang berhati mulia akan digunakan sebaiknya untuk melengkap dan menyempurnakan tempat ibadah ini. Syukurlah insan-insan pemurah tidak pernah berhenti menghulurkan sumbangan kepada surau an-Nadwah baik berupa wang-ringgit, harta kekal, tenaga, masa dan buah fikiran.

Semalam diadakan lagi kerja gotong-royong dan sedikit jamuan ringan sebagai tanda kesyukuran telah diadakan. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Harap-harap mereka yang masih berat kaki melangkah ke surau itu, sudi-sudilah datang mengimarahkan surau ini. Surau ini adalah kejiranan kalian, rugi tidak datang. Nanti setiap langkah kalian bertujuan untuk beribadah di dalamnya merupakan pahala sedekah yang tidak terhitung nilainya di akhirat nanti. Pasti kalian sangat-sangat memerlukannya pada saat itu. Maka mulakanlah sekarang. Ingatlah dunia ini tempat beramal, manakala akhirat nanti tempat kita menuai pahalanya....

Mudah-mudahan kita semua beroleh ingat...


Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?