Ya Rasulullah !!! Engkau Bersikap Pemaaf Terhadap Orang Lain
Oleh isma daud
Saya menerima emel daripada seorang muslimah yang merintih jiwanya kerana tidak dapat memaafkan kesalahan orang yang mengkhianati dan telah menyakitkan hatinya. Biarpun saya memberi pandangan agar beliau membuka sedikit ruang kemaafan agar dia lebih adil dan mampu bertindak dengan lebih rasional namun muslmah ini menyatakan bahawa ianya tidak mudah dan mungkin mustahil. Apakan daya saya, saya hanya pemberi nasihat kerana diminta dan tidak semestinya pandangan saya sesuai dengan orang tu. Hanya bergantung pada pandangan di alam maya ini , mana mungkin segalanya dapat diselesaikan sebegitu mudah. Bak kata pepatah "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Harapan saya hanya satu, kita semua jangan cepat berputus asa daripada rahmat Allah SWT, kerana Dialah pemliik dan pemutus bagi segala sesuatu.
Menjelangnya hari sambutan Maulidur Rasul, mengenang hari keputeraan baginda yang akan tiba beberapa hari lagi saya mengenangkan jasamu ya Rasulullah saw yang telah membawa sinar cahaya kepada masyarakat yang rosak dan manusia yang hidup tetapi mati jiwanya ketikamana baginda memulakan dakwahnya, tiada sesiapa yang menyahut seruan dakwahnya melainkan sedikit orang sahaja. Dalam apa keadaan pun engkau seorang yang tabah dan bersikap lemah-lembut dan pemaaf terhadap kekasaran dan kebiadapan mereka yang menentang dakwah dan ajaranmu... bahkan engkau bersikap pemaaf di saat engkau berada di pihak yang kuat dan menang ke atas mereka yang kuat memusuhi dan memerangimu...
Saya ingin mengajak mereka yang suka bersikap kasar dan keras serta anti-Islam agar mereka menilai kembali sikap kamu agar kita kenal siapa yang sebenarnya bersikap keras dan kasar dan siapa pula tampil dengan jiwa yang besar dan berlapang dada pula. Orang yang patut menjadi contoh dalam membentuk jati diri seumpama ini tiada lain melainkan dirumu Ya Rasulullah. Kamu seorang rasul yang terbimbng oleh bantuan wahyu dan didikan Allah SWT secara langsung tanpa campurtangan manusia.
Saya bawakan beberapa kisah teladan untuk penilaian kita bersama;
1. Hadis yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abdullah r.h. berkata "Apabila telah berakhir peperangan Hunain dengan kemenangan kepada Islam, lalu Rasulullah saw membahagi-bahagikan harta ghanimah kepada orang ramai, diberikan al-Aqra' bn Hubais r.h. seratus ekor unta, 'Uyainah r.h. seratus ekor unta dan dagihkan juga kepada orang ramai seperti itu juga; tetapi ada yang tidak puas hati dengan bilangan itu lalu berkata seorang lelaki; "Demi Allah , pembahagian ini tidak adil, jauh sekali untuk mendapat keredhaan Allah.". Lalu Abdullah r.h. berkata; "demi Allah , aku akan beritahu hal ini kepada Rasulullah saw". Aku pun pergi bertemu dengan Rasulullah saw dan menceritakan perihal ketidakpuasan hati sesetengah orang itu. Lantas Rasululah saw pun bersabda; "Siapakah lagi yang adil jika Allah Dan rasulNya tidak berlaku adil?" Sambl mengenangkan sikap pengikut nabi Musa, baginda bersabda; "Rahmat Allahlah kepada nabi Musa yang lebih hebat kerenah umatnya daripada apa yang berlaku ini lalu nabi Musa itu bersabar".
Bersambung....
Maafkan saya kerana tidak sempat menghabiskan penulisan saya tadi kerana menyahut seruan solat Zohor yang telah masuk waktunya.
2. Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Imam al-Bukhari dan Muslim daripada Anas bin Malik r.h. katanya; "Aku berjalan bersama Rasulullah saw. Baginda memakai selendang dengan membalut lehernya, juga diletakkan di atas bahunya. Selendang itu diperbuat daripada pintalan benang yang kasar buatan orang-orang Najran. Tiba-tiba datang seorang lelaki arab Badwi lalu memegang selendang Rasulullah saw dan menjerutnya dengan kuat di leher Rasulullah saw sehingga dapat aku lihat bekas kesan jerutan selendang keras dan kasar itu. Orang Badwi itu terus mengarah baginda dengan kasar pula ; "Wahai Muhammad, perintahkanlah supaya harta-harta Allah yang ada padamu diserahkan kepadaku!!!". Rasulullah saw berpaling kepada lelaki Badwi itu dengan tenang tanpa riak marah seraya berkata ; "Berikanlah kepada lelaki ini apa yang dimintanya".
3. Saya telah tonjolkan dua hadis; yang pertama, bagaimana sikap dan sifat Rasulullah saw terhadap sahabatnya...yang kedua, hadis menceritakan akhlak Rasulullah dengan orang awam atau "orang kampung" yang merupakan rakyatnya.
Marilah kita lihat pula sikap lembut Rasulullah saw terhadap musuh-musuh Islam yang tewas dan tertawan dalam peperangan. Cukuplah satu contoh bagaimana tindakan yang dambil oleh baginda saw terhadap penduduk-penduduk Mekah apabila berjaya dalam "Fathu Makkah".
Kita membaca sirah yang menceritakan betapa mereka (orang kafir Quraisy Makkah) sangat menentang dan bencikan Rasulullah saw. Mereka tidak habis-habis menghina dan menyakiti Rasulullah saw. Sikap keterlaluan dan ektrem mereka tidak tergambar dengan kata-kata. Tidak cukup mereka mengeluarkan kata-kata nista, mereka membuat tipudaya dengan menggelarkannya sebagai orang gila, penyair dan tukang sihir...mereka membuat konspirasi untuk memenjara, mengeluarkan baginda dari kampung halamannya, memulau baginda dan ahli keluarga sehingga wafatnya dua manusia yang sangat dikasihi Rasulullah saw iaitulah Abu Talib dan isterinya Saidatina Khadijah... kemuncaknya mereka membuat pakatan membunuh baginda sehingga berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah saw. Baginda saw yang dalam perjalanannya menggenggam tanah Mekah bersabda "Jikalah tidaklah perintah Allah SWT supaya aku berhijrah necaya aku tidak pernah keluar daripadamu".
Namun, apa yang kita telah dapati daripada sirah yang terakam kemas sebagai sumber yang benar bahawa Rasulullah saw seorang yang pemaaf dan lembut hatinya kepada orang yang telah memusuhinya dan agamanya...betapa tinggi dan mulia akhlakmu ya Rasulullah saw!!!
Perhatikan saja apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw kepada penduduk Mekah ketika Rasulullah saw memimpn bala tenteranya yang besar - satu jumlah yang tidak pernah dapat dilhat seumpamanya dalam sejarah Tanah Arab pada masa itu - mengepung setiap penjuru dan mereka memberi tawaran keamanan dan perdamaian sehinga mereka berjaya masuk ke dalam Kota Mekah tanpa tentangan...akhirnya tentera Islam telah membanjiri kota Mekah dengan dikepalai oleh barisan pasukan berkuda... betapa gahnya mereka pada masa itu!!! Apakah kesombongan dan kerakusan yang telah mereka lakukan?
Ternyata Rasulullah saw menghulurkan perasaan rahmah, kemaafan, keampuan dan keadilan. Musuh-musuh Islam itu - yang kuat penentangan terhadap Islam - telah dibalas dengan kebaikan ; dimaafkan dan diterima perdamaian.
Cuba bayangkan apa yang akan dilakukan oleh sesiapa sahaja daripada pemuka dan pemerintah Bumi - yang tiada tarbiyyah iman Dan islam -jika mereka berada dalam situasi yang sama? Adakah perdamaian dan kemaafan akan dihulurkan??? Apa yang dapat saya bayangkan bagaimana mereka dengan rakusnya melakukan kezaliman atas rasa dendam kesumat yang terpendam selama ini. Dapat saya bayangkan lelaki-lelaki dibunuh, dipancung lehernya, perempuan-perempuan dijadkan habuan nafsu, dirogol dan kanak-kanak dbuat seperti anak patung dan barang mainan. Orang tua dpersetankan, rumah-rumah diruntuhkan, dibakar dan harta benda dirampas....Oh, Dahyatnya!!! Di saat kekuasaan telah berada dalam genggaman, apa lagi yang boleh menghalang mereka bertindak wewenang sedemikian.
Namun Rasulullah saw telah menghimpunkan seluruh penduduk Mekah lalu membebaskan mereka dan memberi keamanan kepada mereka. Apa yang diucapkan oleh Rasulullah saw hanyalah sebuah ucapan yang kekal dan agung;
"Apakah pendapat kalian dengan apa yang aku lakukan? Mereka menjawab "Baik wahai Saudara Yang Mulia dan Anak Saudara Yang Mulia". Rasulullah saw bersabda ; "Pergilah , Kamu semua Bebas dan Merdeka!"
Maka benarlah apa yang ditintakan Allah SWT di dalam firmanNya yang bermaksud "Berilah kemaafan dan perintahlah supaya berbuat baik berdasarkan 'uruf (keadaan) dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil". Surah al-A'raaf ; ayat 199.
Dan firmanNya lagi yang bermaksud "Maka sebab itu berikanlah mereka kemaafan yang sebaik-baiknya". Surah al-Hijr ; ayat 85.
Maka benarlah Rasulullah saw itu sebagai qudwah dan uswah. Baginda seorang pemaaf kepada kesalahan orang lain. Kepada yang merasakan betapa besarnya kesilapan orang lain kepadanya, cuba bayangkan apa yang lebih besar daripada kesalahan melawan agama Allah swt. Hulurkanlah memaafan. Laut mana yang tidak bergelombang, tidak bergelora dan bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Diri mana yang terlepas daripada sebarang kesilapan...Fikirkanlah!!!
nota : BE.B.A.S - Bertindak Berdasarkan Al-Quran Dan Sunnah...4:17pm

Comments