Rasulullah SAW adalah qudwah hasanah dalam Ibadah

Oleh isma daud

Rasulullah SAW adalah "icon" dan contoh terbaik yang lebih mesra kita bahasakan sabagai "Qudwah Hasanah" yang mengatasi seluruh cerdik pandai dan segala tokoh yang wujud di alam buana ini...baginda saw sentiasa menjadi menara yang mampu menunjuk arah tuju dengan cara memancarkan cahayanya bagi menyuluh kegelapan buana dan jahiliyyah yang melingkari hidup manusia, biarpun telah berlalu lamanya masa dan zaman; keperibadian Rasulullah SAW masih mengungguli sebagai contoh teladan unggul bagi manusia; ikutan yang paling baik dan masih menjadi penunjuk arah bagi penyelesaian hidup manusia. Ianya amat menepati apa yang dijelaskan oleh allah SWT;

اللّهُ أَعْلَمُ حَيْثُ يَجْعَلُ رِسَالَتَهُ * (124) سورة الأنعام

maksudnya: " Allah SWT lebih tahu dimana perutusanNya akan diletakkanNya " - surah al-An'aam; ayat 124.

Ciri-ciri contoh unggul ini; telah berjaya dicernakan oleh peribadi yang membawa risalah yang kekal sehingga hari kiamat; iaitu nabi Muhammad SAW . Baginda SAW berjaya menjadi contoh yang lengkap dan sempurna meliputi sikap tawaddu'(rendah hati)nya, kelembutan budi, ketangkasan dan keteguhan jasmani baginda yang tampak nyata dari sikap berani, bijak dan tegas dalam berpegang kepada prinsip dan dasar baik dalam bidang agama maupun bidang politik yang mana baginda adalah ketua negara.... Sebab itu baginda kekal diiktiraf sebagai manusia agung yang kekal menjadi "tahi lalat" atau pusat tumpuan manusia yang mencari qudwah dan icon di kalangan manusia. Ini kerana di mana zaman sekalipun, manusia tidak akan putus-putus mencari tokoh unggul untuk dijadikan "base line" atau "standard" yang boleh diukur dan diakuri sebagai terbaik.

Maka siapakah lagi yang mampu menandingi Rasulullah SAW dalam keperibadiannya???

Dari Sudut Ibadah


Siapakah yang sanggup melakukan ibadah seumpama baginda saw yang telah membawanya ke mercu martabat yang paling tinggi? Al-Mughirah Bin Syu'bah rh berkata; Rasulullah saw menghidupkan malam dengan qiamullail sehingga bengkak ke dua kakinya. Apabila ditanya kepada baginda saw; "Bukankah Allah SWT telah diampunkan dosa-dosamu yang telah lalu dan akan datang?" Baginda menjawab: "Apakah tidak patut aku menjadi hamba yang bersyukur?" - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Dalam hadis yang lain daripada As-Syaikhan meriwayatkan daripada Alqomah ra berkata: "Aku bertanya kepada Saidatina Aisyah r.ha. , adakah rasulullah saw mengkhususkan hari-hari tertentu dengan ibadat tambahan, lalu beliau menjawab: Tidak!!! Tetapi amalannya itu dilakukan secara berterusan seraya bertanya siapakah yang mampu berbuat seumpama baginda???

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh baginda itu adalah amalan "khususiah" yang tidak diwajibkan kepada umatnya. Bahkan baginda saw melarang para sahabat daripada meniru sesuatu yang luar daripada batas kemampuan mereka.

Betapa berhikmahnya Rasulullah SAW meninggalkan amalan yang disukai oleh baginda kerana bimbangkan umatnya menyangka ianya menjadi wajib, yang akan membebankan mereka. Sebagai contohnya ibadat solat Terawih baginda keluar solat bersama para sahabat pada seseuatu malam dan ditinggalkan pada malam yang lain sedangkan para sahabat menunggu baginda saw. Kalaulah tidak mahu salah faham para sahabat sudah tentu baginda saw melakukan solat tersebut secara berterusan...

Rasulullah SAW telah melakukan semua kerja-kerja harian yang telah gagal para pembesar lain melakukannya; dicelah-celah kesibukan dan seribu permasaalahan ummah dan negara, baginda muncul sebagai jaguh dan wira dalam beribadah kepada Allah SWT.

Baginda menjadi hamba Allah SWT yang taat kepada Allah SWT di waktu siang maupun malam, sedangkan ahli pendeta, orang yang bertapa dipuncak bukit telah memutuskan terus hubungan mereka dengan kesibukan dunia. Sedangkan rasulullah saw talah melaksanakan segala perintah Allah SWT bengan bertahajjud, bertasbih, berzikir dan pada masa sama baginda adalah pejuang yang gigih membangunkan duniawi, gigih bertemu dengan orang ramai untuk menyatakan dakwah dan pengajaran, mempin sebuah negara madinah, sibuk menghantar wakil-wakil diplomatnya kepada pemimpin-pemimpin dan raja-raja agar mereka menerima Islam, berperang dan berjihad menentang kebathilan dan kezaliman,meraikan setiap kemenangan dan menganalisis sebarang kekalahan...

Semacam ada "kuasa ghaib" yang memampukan Rasulullah SAW dalam melaksanaakannya.... Itulah yang telah digambarkan oleh Rasulullah SAW ; "apakah tidak patut aku menjadi hamba yang bersyukur?'.

Jika begitulah Rasulullah SAW dalam membina sahsiahnya sebagai qudwah hasanah, apakah mampu kita mencontohinya? Cukuplah kalau kita melakukan sekadar kudrat yang ada dengan istiqamah dalam sesuatu amalan khususnya yang fardu dan bertekun dalam perkara yang sunat. Jika tidak mampu semua, jangan tinggalkan semuanya. Setidaknya kita beramal dengan apa yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang difirmankan Oleh Allah SWT dalam firmannya:

{وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَى أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا * (79) سورة الإسراء
maksudnya : " Dan pada sebahagian malam hendaklah engkau bertahajjud sebagai suatu tambahan kepada engkau. Mudah-mudahan tuhanmu mengangkat kedudukanmu ketingkatan yang terpuju." -surah al-Israa', ayat 79.


Wallahu a'laam!

Comments

Cheguman said…
Assalamualaikum ustaz,
Beza kita dengan Rasulullah ialah baginda 'nampak' sedangkan kita masih 'teraba-raba'.

Semoga Allah memberi petunjuk pada kita semua.

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?