Bidaahkah menyambut Maulidur Rasul?
Kalau tidak salah ingatan saya, dua atau tiga minggu lepas sahabat saya Cikgu Hamzah mempertontonkan kepada saya satu ceramah agama yang di”download”kannya daripada satu lama web yang menamakan mereka sebagai “salafi”. Dalam ceramah itu semuanya disebutnya bahawa golongan agama yang mengadakan perkara baru dalam agama sebagai golongan pendusta dan dajjal-dajjal sebelum datangnya dajal yang sebenar. Begitu kuat sekali penceramah itu menghentam seorang demi seorang dan menyebut nama-nama orang yang masih hidup hari ini dengan memhalalkannya atas nama mereka ini sebagai “dajjal-dajjal dan asyoghir” sebelum dajjal sebenar. Tapi langsung tidak dihukumkan orang yang menentang Islam yang membawa ideology moden dan sekular ini sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebagai “dajjalun dan asyoghir” kerana pendapatnya “bidaah hasanah” hanya dalam perkara dunia. Adapun bidaah dalam agama adalah sesat dan membawa ke neraka. Sama sekali dia memejam mata terhadap golongan ini dan musuhnya adalah ulama-ulama yang di sebuat sebagai puak “khalaf”. Berselindung di sebalik mazhab ahlu sunnah wal jamaah mereka menghentang saudaranya seagama tanpa rasa belas kasihan lagi dengan menamakan mereka dengan Luqa’ Bin Luqa’ yakni “Si Bodoh Bin Si Bodoh) . Disokongkan lagi pendapatnya dengan hadis bahawa setiap yang baru adalah dholalah (sesat) dan setiap yang dholalah adalah neraka tempat yang layak baginya. Tidak ada sama sekali istilah “Bidaah Hasanah”. Jika ada? Bawakan bukti dan dalil dari al-Quran atau hadis , cabarnya!!
Bukan persoalan itu yang saya ingin bicarakan di sini tetapi masih ada dalam lingkungan persoalan bidaah. Sengaja saya bawakan persoalan dan perbincangan di atas untuk menarik sedikit perhatian. Dan bukan pula laman web saya ini untuk tempat golongan “salafi” bergelanggang dan bertendang terajang dengan menghukum orang lain sebegitu rupa.
Tidak berapa lama lagi akan datang kepada kita hari memperingati lagi kelahiran nabi kita Muhammad SAW. Maka satu siri bidaah lagi akan dilaksanakan. Maka ada orang bertanya kepada saya; bolehkah kita menyambutnya dan merayakannya? Tidakkah perkara ini adalah bidaah? Maka sesatkah kita kalau kita meraikannya? Apa guna kita berbuat sesuatu yang akhirnya kita dihumban kedalam dholalah dan neraka?
Tidak disangkalkan bahawa merayakan maulidur rasul itu daripada perkara bidaah kerana tidak dirayakan oleh rasulullah dan para sahabat. Tetapi setelah sekian lama umat manusia kian hari kian melupakan ”alquran dan assunnah bergerak” itu iaitulah Rasulullah SAW apatah lagi para-para sahabat baginda. Ajaran Islam sudah ditinggalkan satu persatu. Hukum-hukum Allah dipertikaikan dan diremehkan. Maka ada kewajarannya kita mengingati Rasulullah SAW tanda kita kasih dan sayang kepada Baginda SAW. Maka menyambutnya masih dalam perkara ”ijtihadi”. Maka tidaklah kita menyamakan mereka sebagai ahlu dholalah. Maka lebih beradab dan sopan perkara agama ini dinamakan ”Bidaah Hasanah”. Cuma niat kita mesti betul. Ada sebahagian orang yang menyambutnya semata-mata adat dan masih meneruskan gaya hidup yang bertentanagan dengan ajaran Rasulullah, masih mempertahankan ideologi manusia walaupun sambut maulidur rasul saban tahun. Mereka inilah paling sesuai kita gelarkan sebagai ”dajjalun dan asyoghir”.
Benar sekali perkara itu bidaah tetapi ia adalah perkara yang baik dan menepati syarak. Imam Al-hafiz As-Sayuti r,h. ada menaqalkan dalam ”AlFatawa”, bab ”walimah” (membuat jamuan) bahawa beliau telah ditanya tentang merayakan maulidur rasul di dalam bulan Rabiul Awwal; apa hukumnya dari segi syarak? As-Sayuti berkata: ”ia adalah Bidaah Hasanah yang dibalas pahala sesiapa yang membuatnya kerana dia ada erti membesarkan nilai nabi kita (Muhammad SAW) dan melahirkan kegembiraan atas kelahirannya”.
Sesungguhnya sambutan maulidur rasul pada asasnya adalah satu kegiatan dakwah yang baik. Maka sambutan itu ada nilai ibadah jika dilakukan dengan niat yang ikhlas dan keazaman yang baru untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Juga ianya dihasilkan daripada perasaan kasih sayangnya kepada rasulullah SAW dan diterjemahkan perasaannya melalui sambutan sebegitu rupa yang diharuskan syarak. Sudah menjadi fatrah dan tabiat manusia suka kepada sesuatu lalu dia menghargainya dan mengingatinya. Apabila dia sudah sayang kepadanya lalu sisebutnya berulang kali tanpa jemu-jemu. Tidak peliklah jika kita merayakan maulidur rasul kerana kita mencintai Rasulullah SAW.
Cuma yang menjadi persoalannya bagaimanakah cara menyambutnya? Apakah sekadar berarak, menjulang sepanduk dan berselawat padahal jiwa penyambutnya kosong sama sekali daripada menghayati sirah dan sunnah Rasulullah SAW? Seterusnya mengukuhkan sifat jahiliyyah dan menenjukkan sikap penentangan terhadap dakwah dan perjuangan menegakkan Islam? Inilah yang perlu diperbetulkan bukan dihukumkan. Kalau amalan mereka tidak betul apa alternatif yang mereka ada? Imam As-Sayuti turut memberi pandangannya. Cara terbaik kita menyambutnya dengan cara kita berkumpul beramai-ramai, membaca ayat-ayat Al-Quran dan memahamkannya kepada orang Islam, mencerikan kisah-kisah berkenaan Maulid Nabi SAW, menceritakan perkara-perkara yang menjadi mukjizat semasa kelahiran baginda, membaharui keimanan umat Islam agar mereka lebih mencintai dan mencontohi Rasulullah dalam seluruh lapangan hidup dan akhirnya diadakan sedikit jamuan bagi menujukkan rasa kegembiraan mengingati Rasulullah SAW dan dapat menyatukan semula saf umat Islam.
Semoga sambutan MaulidurRasul tahun ini disambut dengan jiwa yang penuh beriman dengan kita menumbangkan perasaan dan pemikiran jahiliyyah yang telah sekian lama membaja dan berakar umbi dala pemikiran dan diri Ummat Islam.
Tegakkanlah Islam Runtuhkanlah Jahiliyyah dan Sekularisme kerana Jaahiliyyah dan Sekularisme itulah sebenar-benar Bidaah Dholalah dan Dajjalun lagi Asyogir.

Comments
"MENJANA UMMAH GEMILANG"