Mencari Bahagia!!

Bermusafir Dari Terengganu ke Sibu sejak tahun 2000 hingga kini. Masa datang dulu anak dua. La ni sudah lima. Pejam celik- pejam celek dah masuk hampir 8 tahun berada di Sibu. Sudah tiga buah rumah yang di sewa. Rumah pertama di no 2C, Jalan Sena. Rumah Tuan pengetua SMKRD sekarang; Cikgu Tan Tie Muan. Lepas itu pindah ke Jalan Indah, rumah teres setingkat. Sewa murah sikit. Yalah anak semakin ramai, kena jimat sikit. Rumah ni beralamat no.2E, Jalan Indah 3. Lepas itu pindah lagi ke rumah sewa sekarang. Rumah teres dua tingkat. Rumah ini tidak jauh dari rumah sebelum. Cuma dekat no. 3A, Jalan Indah Selatan. Kena cari rumah luas sedikit kerana anak kian ramai dan membesar. Ekonomi pun agak stabil. Semuanya kerana aku mahu kebahagian buat keluargaku dan sedikit keselesaan buat mereka.

Firman Allah SWT:
الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا (46) سورة الكهف

Maksudnya: "Harta benda dan anak pinak itu adalah perhiasan hidup, bekalan daripada amalan yang soleh itulah yang kekal, terlebih baik di sisi tuhanmu dengan sebaik-baik pahala dan cita-cita" Surah Al-Kahfi/46.

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?