SUDAH 7 TAHUN 10 BULAN BERKELANA DI SMKRD

Masih ku ingat pada 19 Januari 2000 kakiku kali pertama melangkah masuk ke perkarangan sekolah. Aku melapor diri di sekolah ini. Ini adalah "first posting" buatku setelah aku menganggur selama 7 bulan. Aku bersyukur kerana dalam suasana negara menempuh zaman gawat ekonomi aku masih ada tempat untuk aku menabur bakti dan mencurah ilmu kepada anak bangsaku. Setelah menamatkan diploma pendidikan di UIAM, Gombak; aku menanti-nanti saat ini. Aku tidak pernah kisah di mana aku akan di"posting"kan kerana prinsipku "Dimana Bumi DiPijak DiSitu Langit Dijunjung". Aku berazam dari hari pertama aku hadir ke sekolah ini aku akan menjadi pendidik yang penuh dedikasi, pengasih dan amanah dengan tugas yang dipikul.
Orang pertama aku temui hari itu ialah PK 1; Cikgu Bujang Wen. Setelah merekod namaku dalam buku rekod tetamu aku dibawa bertemu dengan pengetua sekolah En. Nicholas Ugul. Beliau mengalu-ngalukan kedatanganku ke sekolah ini. Sekolah benar-benar berhajat kepada seorang "ustaz" dan sudah tentu kehadiranku begitu teras dialu-alukan. Setelah menerima sedikit taklimat ringkas dari Tuan Pengetua, aku dibawa oleh Cikgu Bujang bagi memperkenalkan diri kepada guru-guru lain di sekolah ini.
Itulah sedikit ingatan bagi mengimbau peristiwa hampir 8 tahun yang lalu. Hari ini aku masih di sini. Terus gigih berbakti. Semanagat juangku masih bersemarak dari hari pertama aku hadir ke sini dahulu. Dan aku aku akan pastikan semangat ini akan terus bersemarak sehingga ke suatu hari jika aku ditakdirkan meninggalkan sekolah ini. Aku berbisik kepada diriku: "Apapun cabaran dan Dugaan, jangan sesekali patah sayap juangmu ".

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?