Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Monday, May 30, 2011

Berani Ke Daud Desak KPM Bawa Balik Guru Agama Pantai Timur Semenanjung ?

Oleh isma daud

“Jika kita dapati ada guru agama dari Semenanjung Malaysia berkelakuan demikian, mereka boleh diambil tindakan dengan menghantar mereka pulang.


“Jadi orang ramai yang dapat statistik (bukti) yang mengatakan mereka (guru agama) ini benar-benar berkelakuan demikian harus memaklumkan kepada kami supaya dapat dibawa ke pihak Jabatan Pelajaran untuk diambil tindakan,”
Sudah bersediakah Sarawak tanpa guru agama dari Semenanjung khususnya daripada Kelantan Dan Terengganu??? Bagi Guru agama di sini mereka sangat mengalu-alukan agar mereka beramai-ramai dibawa balik ke negeri mereka masing-masing. Mereka sudah lama sabar minta transfer tidak dapat-dapat kerana tiada kekosongan di Kelantan dan Terengganu. Mereka sudah rindu kepada ibubapa yang sudah lama terpisah. Ada guru agama kita terpisah jauh dengan anak-anak mereka. Suami dan isteri mereka. Harap Menteri Sarawak buat desakan agar mereka dibawa balik segera.

Guru Pantai Timur dinasihat tidak bawa budaya negatif ke Sarawak
Posted on May 28, 2011, Saturday

KUCHING: Guru dari negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutamanya guru agama dinasihatkan tidak membawa budaya dan pemikiran negatif ke Sarawak.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam)Datuk Daud Abdul Rahman berkata, budaya dan anasir negatif terhadap kerajaan yang disebarkan dari Semenanjung Malaysia dikhuatiri menjejaskan perpaduan kaum di Sarawak.

“Kita di Sarawak serba salah kerana kita mempunyai masalah kekurangan guru, walaupun demikian memang kita mengakui ada segelintir guru dari Semenanjung Malaysia terutamanya dari Kelantan datang ke sini membawa budaya dan cara pemikiran terhad dan tertutup ke sini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya di Batu 13 Jalan Kuching-Serian semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kemasukan guru terutamanya guru agama dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak.

Tambahnya, Majlis Islam Sarawak (MIS) sentiasa memantau kes-kes penyelewengan budaya tidak sihat di sekolah-sekolah untuk mencegah perkara itu berlaku.

“Jika kita dapati ada guru agama dari Semenanjung Malaysia berkelakuan demikian, mereka boleh diambil tindakan dengan menghantar mereka pulang.

“Jadi orang ramai yang dapat statistik (bukti) yang mengatakan mereka (guru agama) ini benar-benar berkelakuan demikian harus memaklumkan kepada kami supaya dapat dibawa ke pihak Jabatan Pelajaran untuk diambil tindakan,” tegasnya.

Selain itu, Daud menyarankan agar menambah bilangan guru dari Sarawak untuk mengisi kekosongan itu.

“Pihak pendidikan boleh memberi kursus jangka pendek kepada bakal guru tempatan yang ada pendidikan agama dalam masa setahun untuk mengisi jawatan itu,” katanya.

Beliau menjelaskan, bilangan guru agama diperlukan adalah banyak terutamanya di sekolah rendah dan menengah.

“Saya harap pihak pelajaran dalam jangka masa panjang akan mengisi jawatan tersebut dengan anak-anak Sarawak,” kata Daud.

Beliau meluahkan rasa yakin dengan anak Sarawak walaupun mempunyai pendidikan agama, mereka berfikiran positif dan tidak membawa budaya-budaya yang boleh memecah belahkan perpaduan kaum di Sarawak.

“Kita tidak cukup guru agama jadi kita terpaksa meminjam guru agama dari Semenanjung Malaysia untuk memenuhi kekosongan itu,” ujarnya.

Sebelum ini, Menteri Kemajuan Tanah Dato Sri James Masing meluahkan rasa kebimbangan tentang kemasukan 18,000 guru dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak yang dikhuatiri akan menjadi isu politik.

4 comments:

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan kenyataan Saudara Ustaz. Saya pun nak tengok, sanggup ke YB Daud berbuat demikian. Orang Sarawak sendiri pun TAK berminat nak jadi Ustaz/Ustazah. Ada satu kes (tak tahu benar ke tidak) Pelajar perempuan lepasan Sekolah Agama di Sarawak lebih berminat untuk menjadi Pramugari daripada menjadi seorang Ustazah...

Anonymous said...

masalah di sarawak tuk....org yg jahil agama disuruh megang...badan2 agama...lekak ya urus kedak business....geram ati aku...sbb aku pun byr zakat tiap2 bulan...mun nak diikut ati...mmg sakit ati...tapi mun di dunia sidak nya lepas...dalam kubur kelak baruk tauk...mun sik bertaubat...aku rasa di srwk tuk patut ada lebih byk pemimpin yang berakhlak & bertaqwa...agar umat islam terjamin...regardless of sesiapa pun cm kita..

isma daud said...

begitulah sunnah Allah, nabi Muhammad saw dulu sewaktu membawa Islam, baginda saw dituduh dengan cara yang serupa; tukang sihir, orang gila, pemecahbelah masyarakat, membawa anasir negatif dan ajaran baru. beginilah kenyataan orang yang takut dan rasa terancam. takut dengan bayang2 sendiri.

Dengan kenyataan ini jelas menunjukkan dakwah para guru agama kita berkesan dan mendapat perhatian. Kalau yang baik dilihat sebagai negatif itu tandanya kebijaksanaan bukan kebodohan guru agama yang menyampaikan dakwah itu.

Anonymous said...

Kalau mcm tuh..kene hormat undang2 setiap negeri..teringat kata kawan ana dulu..medan dakwah yang paling terbaik adalah Sanbah dan Sarawak....ada berani?

Related Posts with Thumbnails