Jaga Aurat, Jaga Agama, Jaga Hukum Dan Undang-Undang !!!

Oleh isma daud

Orang yang jiwanya penuh dengan kefahaman dan kesedaran Islam, akan jaga sendi-sendi Islam dan hukumnya dalam keadaan apa sekalipun.

Aurat Tetap Terjaga Walau Mengharung Banjir, Maruah Muslimah Tetap Dipelihara

 Manakala puak-puak yang memperjuangkan fahaman sekular menjadikan agama sebagai hiasan sahaja.

Lu Fikirlah Sendiri....

Lihat dan fikirkanlah, kalau dalam situasi mengharungi banjir pun tidak mampu menjaga aurat, masakan mampu menjaga maruah agama dalam hal-hal yang lain? Ini bukan lakonan atau disengajakan. Kalau tidak ada penghayatan sebenar sukar untuk seseorang menjaga aurat dengan sempurna. Kalau tabiat suka selak, akan selak juga.... aksi spontan itulah mencerminkan akan jiwa dan akal seseorang....

Saya mengajak anda berfikir bukan pasal parti, saya ajak anda berfikir dalam asas menjaga agama, undang-undang dan peraturan.... kalau dalam jiwa sudah tertegak undang-undang, maka ianya terdaulat dan terjaga sepanjang masa.

Dan lihatlah, insan yang ada kejujuran dan kefahaman Islam akan sentiasa menghayati pesanan Al-Imam Hassan Al-Banna; "Peliharalah Sendi-sendi Islam, di sendi Islam mana pun anda berada". Dalam meredah air banjir rela jubah basah asalkan aurat terjaga dan terpelihara. Maka wajarlah para wanita dan muslimah sentiasa menjaga sendi-sendi Islam biar dalam apa situasi sekali pun.

Itu pasal aurat, yang ni pasal topi kledar, undang-undang negara pun tidak dipedulikannya....

Mana Topi Kledarnya? Serban Boleh?


Dalam pergaulan pun, ramai yang tidak menjaga batas-batas agama dan hukum syarak. Mana mahu jaga agamanya?

Mana Contoh Menteri kepada rakyat dalam jaga agama???

Nanti akan orang persoalkan, kalau yang ni macamana ? Tak apa ke? Tak langgar Undang-undang ke?

Mana Topi Kledarnya? Serban Boleh?

Sama-samalah kita fikirkan dan kita bezakan..... mana intan, mana kaca, mana permata????  Dan Bandingkan Dengan Mereka Yang Suka Langgar Undang-Undang... 

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?